Social Icons

Thursday, 12 April 2012

LAWATAN KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA BAGI PEMBANGUNAN SISTEM eJKM FASA II - RELEASE 2 DAN 3



Satu lawatan kajian keperluan pengguna oleh Pasukan Projek eMasyarakat , Bahagian Pengurusan Maklumat, KPWKL bersama dengan pegawai dari JKMM, Syarikat Encoral dan Penyelaras Unit PK bagi Daerah Petaling pada 12 April 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling.





Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas keperluan pengguna, membuat kajian keperluan sistem dan aliran kerja serta mencadangkan penambahbaikan ke atas proses kerja dan merekabentuk sistem secara terperinci sebelum pembangunan eJKM Fasa II dimulakan.

Wednesday, 11 April 2012

Utamakan Kebenaran Dalam Memberi Nasihat


Terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan untuk memberi nasihat. Antaranya ;
  • Keyakinan dan kebenaran nasihat yang hendak diberikan kepada seseorang. Kebenaran perlu diutamakan dan seseorang yang memberi nasihat hendaklah bertanggungjawab atas segala nasihat-nasihat yang diberikan.
  • Niat yang tulus ikhlas dalam memberikan nasihat dan tidak berniat untuk memperoleh sesuatu hasil dari nasihat yang diberikan.
  • Penasihat hendaklah menyembunyikan perkara-perkara yang aib jika dalam proses nasihat tersebut berlangsung.
  • Memberikan nasihat dengan lemah lembut dan kata-kata yang mesra. Ini mendasarkan Firman Allah yang bermaksud : Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat dan takut. (al-Taha : 44)
Diceritakan bahawa Harun al-Rasyid pernah menerima nasihat dari seorang pengembala kambing dengan katanya, " Wahai imam, aku takut engkau tersinggung kalau aku menasihatimu, tetapi aku khuatir jika aku tidak menasihatimu engkau akan celaka. Kekhuatiranku lebih besar dari ketakutanku, sebab aku mencintaimu, wahai amirku".

..................................................................
Petikan : Utusan Malaysia - 10 April 2012

Tuesday, 10 April 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias
‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

Monday, 9 April 2012

Jom Tutup Aib Orang


Sesiapa menutup aib seorang mukmin, Allah tutup pula aib dirinya pada hari qiamat nanti. Ia janji Rasul. Geram di hati ingin cerita keburukan orang, ingat semula kita semua ada keburukan. Kan bagus kalau Allah tutup keburukan kita bukan setakat di dunia tapi di akhirat. Kalau kita buka keburukan orang di dunia, Allah buka keburukan kita pula di akhirat, lagi naya.


...................................................
Sumber : Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre :)

Sunday, 8 April 2012

PEMANTAUAN PELUPUSAN FAIL


Pemantauan yang dilakukan selepas pelupusan fail yang diluluskan oleh Arkib Negara dengan cara yang dibenarkan dan prosedur yang ditetapkan.


Friday, 6 April 2012

PANDUAN PENGURUSAN


Kepada sesiapa pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Panduan Pengurusan - Bantuan Segera Persekutuan Kawasan Parlimen (BSKP) bolehlah merujuk kepada PKMD dan Penyelaras EB.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI BIRTHDAY MAC 2012


Cenderahati yang disampaikan oleh PKMD, Pn Sunarni kepada pegawai dan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Mac 2012 sebagai tanda penghargaan di PKMD Petaling.

Semoga tahun ini diberi seribu makna, rahmat dan keberkatan untuk setiap pekerjaan yang dilakukan oleh beliau dan bertambah kecemerlangan kepada pegawai dan kakitangan :

  • En. Syukor Bin Rapidin
  • Pn. Nurulain Bt Shakdan

Thursday, 5 April 2012

Katakan Alhamdulillah Dengan Susah


Katakan ALHAMDULILLAH dengan susah

Ditimpakan susah beserta kebahagiaan yang disembunyikan

Barangkali dengan susah hari ini, 

Memadamkan masa depan yang payah

Berasa lemah dengan fitnah

Bergembiralah....

ALLAH datangkan celaan dari orang...

Untuk kita mendapat manfaat dari orang yang mencela..

Maafkan dia...kasihkan dia....

Apa anda lupa kebarkahan doa orang dizalim

Hari ini kita berasa gembira dengan orang yang kita beri dia susah

Tetapi......Andai anda berasa derita jangan lupa MUHASABAH..

Bahawa anda pernah memberi susah kepada orang

Itulah keadilan TUHAN, tidak diberi susah kepada hamba NYA melainkan disertakan dengan Bahagia...

Samada disegerakan di dunia

Atau diberi di akhirat yang kekal lama...

Mohon doa mendoakan :)

Firman ALLAH :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
[Surah al-Ankabut : 2]

Ikhram Husin
13 Jamadil'awal 1433H / 05042012
@ UPM

MESYUARAT BPR, KAJISEMULA DAN MAKLUMAN PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN PENGAUDITAN


Pada 2 Mac 2012, satu Mesyuarat BPR, Kajisemula dan Makluman Perkara-perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Pengauditan Bagi Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling.


Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury dan telah dihadiri oleh Pn. Jamaeah dan pegawai-pegawai Bahagian EB yang bermula pada jam 2.00 petang sehingga tamat pada jam 4.00 petang.

Wednesday, 4 April 2012

MAKLUMAN PERTUKARAN NAMA PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA EMAS (PJHWE) KEPADA PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)

Merujuk kepada surat JKMM : JKMM (WTK)500/03/11/JLD4(56) yang bertarikh : 14 Mac 2012 dimaklumkan bahawa, Mesyurat Majlis Perundingan Warga Emas Negara Bil 1/2012 telah bersetuju pertukaran nama Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE) kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang berkuatkuasa mulai dari tarikh 14 Feb 2012.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates