Satu lawatan kajian keperluan pengguna oleh Pasukan Projek eMasyarakat , Bahagian Pengurusan Maklumat, KPWKL bersama dengan pegawai dari JKMM, Syarikat Encoral dan Penyelaras Unit PK bagi Daerah Petaling pada 12 April 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas keperluan pengguna, membuat kajian keperluan sistem dan aliran kerja serta mencadangkan penambahbaikan ke atas proses kerja dan merekabentuk sistem secara terperinci sebelum pembangunan eJKM Fasa II dimulakan.
terima kasih di atas lawatan dari KPWKM, JKMM dan enCoral
ReplyDelete