Social Icons

Thursday, 31 May 2012

Persaudaraan


Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda:"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR Bukhari).

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Kisah Aniaya


Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (al Ahzab 58)


Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)


...........................................................
Dipetik Dari : lenggangkangkung-my.blogspot.com

Ikhlas

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.


Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.



Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.



Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.


Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita. 


Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.



Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja. Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas. Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah. 


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162) 

Tuesday, 29 May 2012

Selamat datang bulan Rejab

Bermula selepas waktu Maghrib nanti, maka terbitlah ketenangan 1 Rejab 1433H. Dalam kemuliaan Rejab, ALLAH menghapuskan kejahatan, kesyirikan dan kesengsaraan hambaNya. Hal ini selari dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibrahim al-Nakha’ie Rahimahullah berbunyi : Sesungguhnya Rejab itu adalah bulan ALLAH. Padanya ALLAH SWT melayarkan Nabi Nuh Alaihi Salam dan kaumnya. Baginda dan kaumnya berpuasa. Lalu ALLAH selamatkan mereka dari ribut taufan dan menyucikan bumi ini dari syirik dan permusuhan.

[Abd al-Qader al-al-Jaylani, al-Ghunyah li Thalib Thariq al-Haq Azza WaJalla, 1996-1416H, Maktabah Usamah bin Zayd, Halab : Syiria, hlm 230] Syarah oleh Ustaz saya suatu masa dahulu :) Beliau ialah Al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari.

ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN PERMOHONAN CUTI REHAT MENGGUNAKAN APLIKASI HRMIS


ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN PERMOHONAN CUTI REHAT MENGGUNAKAN APLIKASI HRMIS KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR.

Dengan segala hormatnya surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor nombor rujukan JKMN.Sel.100/22/5/1 Jld.5(16) bertarikh 23 Mei 2012 adalah dirujuk.


Sehubungan dengan itu, semua pegawai dan kakitangan DIWAJIBKAN membuat permohonan cuti rehat secara atas talian(online) sahaja berkuatkuasa pada 1 Jun 2012dengan menggunakan aplikasi HRMIS. Kaedah pengisian boleh dicapai menerusi :
Sebarang masalah mengenai aplikasi ini, bolehlah berhubung dengan Cik Siti Sarahdan Puan Norhamimah.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday, 27 May 2012

Perkahwinan PKMD Petaling - Mei 2012

Majlis Perkahwinan Kakitangan PKMD Petaling, En.Khairani Bin Minhat bersama pasangannya yang berlangsung pada 26 Mei 2012 di Taman Gembira, Sungai Besar Selangor.

Selamat Pengantin Baru, diucapkan semoga berbahagia dan diberkati kepada En. Khairani dan isteri.

Perkahwinan PKMD Petaling - April 2012

Majlis Perkahwinan Kakitangan PKMD Petaling, Pn. Hamimah Bt Zakariah bersama pasangannya yang berlangsung pada 14 April 2012.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Pn. Hamimah dan suami, semoga berbahagia dan diberkati hendaknya.

Lebihkan Tindakan Positif Disamping Berfikiran Positif

Ramai dari kita memang orang berfikiran positif, tapi cuma sedikit dari kita orangnnya bertindak positif iaitu bertindak mengikut apa yang ada di fikirannya.


Orang yang lebih kepada tindakan positif memiliki sifat optimis, iaitu yakin apa yang dia usahakan semakin memberi kesan sedikit demi sedikit. Semakin efektif tindakan, semakin baik kesan yang akan muncul (result).


Jadilah orang yang result-oriented, sebab dari situ anda akan membentuk diri anda menjadi orang bertindakan positif. Soal takut, gusar dan risau itu memang ada tapi usah biarkan ia menyebabkan anda berhenti berusaha. Lebihkan pada usaha.
Proses ke arah mencapai matlamat yang dimahukan lebih penting dari asyik memikirkan keburukan yang mungkin akan muncul. Samalah seperti mendaki tangga, teruskan mendaki dan jangan fikir risiko anda akan terjatuh, walaupun sebenarnya anda mungkin boleh terjatuh.
Berfikir positif sahaja tapi kurang tindakan positif kelak akan memberi kesan yang cuma minima. Tapi apabila anda berfikir positif selepas itu melebihkan tindakan positif mengejar pencapaian yang anda mahukan, kesan yang akan nampak akan jadi maksima.
Soalnya adalah bertindak dipandu oleh kepercayaan bahawa apa yang anda usahakan akan membuahkan hasil satu hari nanti, bezanya cepat atau lambat saja.

Menjadi Diri Yang Hebat


Setiap orang memiliki keinginan agar lebih cerdas, lebih pandai, mempunyai daya fikir, ingatan, daya kefahaman yang kuat, memiliki kemampuan dan potensi yang mebanggakan, kreatif dan imaginasi.Kita semua berharap memiliki semua itu tetapi kita tidak mengetahui bagaimana cara memperolehinya.

Intelegence, intelektual dan kecerdasan spiritual (ESQ). Untuk menjadi individu yang hebat seseorang tidak hanya perlu memilki kecerdasan intelektual dan emosi, tetapi memerlukan kecerdasan spiritual. Kecerdasan spiritual itu merupakan kemampuan seseorang untuk menyelaraskan hati dan budi pekerti sehingga mampu menjadi seorang yang berkarektor dan berwatak positif.

Terapi Minda Separa Sedar

Mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang Anda mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang Anda kata.


Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan.
Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika Anda berniat mahu jadi insan cemerlang, Anda perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban.Baru ada kemajuan!


Ketika Anda sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri Anda: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas Anda selesai mengatakan ayat tu pada diri Anda, buka mata. Anda akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri Anda.

Air yang membasahi tubuh Anda akan membuat jiwa Anda menyerap kata-kata semangat yang Anda ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu.
Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedarmudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.
Jadikan rasa bersemangat mendominasi Anda. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu Anda dan kenangan-kenangan pahit Anda.
Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati Anda. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita.
Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates