Ramai dari kita memang orang berfikiran positif, tapi cuma sedikit dari kita orangnnya bertindak positif iaitu bertindak mengikut apa yang ada di fikirannya.
Orang yang lebih kepada tindakan positif memiliki sifat optimis, iaitu yakin apa yang dia usahakan semakin memberi kesan sedikit demi sedikit. Semakin efektif tindakan, semakin baik kesan yang akan muncul (result).
Jadilah orang yang result-oriented, sebab dari situ anda akan membentuk diri anda menjadi orang bertindakan positif. Soal takut, gusar dan risau itu memang ada tapi usah biarkan ia menyebabkan anda berhenti berusaha. Lebihkan pada usaha.

Proses ke arah mencapai matlamat yang dimahukan lebih penting dari asyik memikirkan keburukan yang mungkin akan muncul. Samalah seperti mendaki tangga, teruskan mendaki dan jangan fikir risiko anda akan terjatuh, walaupun sebenarnya anda mungkin boleh terjatuh.
Berfikir positif sahaja tapi kurang tindakan positif kelak akan memberi kesan yang cuma minima. Tapi apabila anda berfikir positif selepas itu melebihkan tindakan positif mengejar pencapaian yang anda mahukan, kesan yang akan nampak akan jadi maksima.
Soalnya adalah bertindak dipandu oleh kepercayaan bahawa apa yang anda usahakan akan membuahkan hasil satu hari nanti, bezanya cepat atau lambat saja.
0 comments:
Post a Comment