Social Icons

Thursday 9 August 2012

TADARUS AL QURAN PENGHIAS RAMADHAN



TADARUS AL QURAN PENGHIAS RAMADHAN

Diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1433H di PKMD Petaling.

Masa :
8.30 pg - 8.40 pg
Imam asy-Syafi'e menamatkan bacaan Al-Quran sebanyak 30 kali pada setiap bulan. Pada bulan Ramadhan, beliau menamatkan bacaan Al-Quran hingga 60 kali. Itu belum termasuk ayat-ayat yang dibacanya dalam solat pada setiap hari. Sewaktu pengembaraan dari Makkah selama lapan hari ke Madinah untuk berguru dengan Imam Malik, beliau mengisi masanya dengan menamatkan bacaan Al-Quran sebanyak 16 kali - sekali tamat pada sebelah malam dan sekali tamat pada siang hari. Pada waktu itu, beliau baru berusia 20 tahun.

Adapun kita, biar sedikit bacaan tadarusnya, tetap kita munajatkan kepada ALLAH agar ia berbekas di hati, kerana masa yang kita punyai belum tentu berbaki lama. Aishhh... BAJET BAGUS nya : Nabi صلى الله عليه وآله وسلم jawab untuk kita :)

"Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya."
[Riwayat at-Tirmidzi]

[Dalam Kitab An-Nashaaih Ad-Diniyah Wal-Washaaya Al-Imaaniyah]
Menangis sewaktu membaca Al-Quran adalah salah satu ciri-ciri orang yang 'arif billah (orang yang benar-benar mengenal ALLAH), dan orang yang soleh. Firman ALLAH Ta'ala dalam surah al-Israk, ayat 109 :

"Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."

Terdapat banyak hadis dan atsar para sahabat yang memperkatakan tentang perkara ini, antaranya hadis daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam :

"Bacalah Al-Quran dan menangislah. Seandainya kamu tidak dapat menangis, maka buatlah seolah-olah menangis."

Hujjatul Islam imam al-Ghazzali berkata : "Disunnahkan menangis sewaktu sedang membaca Al-Quran ataupun mendengar bacaan Al-Quran." 
Tip untuk membuatkan hati menangis dan khusyuk :

Imam an-Nawawi menyebutkan, cara untuk segera menangis adalah dengan menghadirkan dalam hati kesedihan dengan membayangkan segala apa yang disebutkan dalam Al-Quran berupa ancaman, teguran dan seksaan yang dahsyat, dan janji-janji yang indah, dan lainnya.

Selepas itu, bayangkan pula kekurangan diri untuk menolak ancaman-ancaman itu ataupun untuk meraih janji-janji Allah. Jika tidak dapat menghadirkan kesedihan dan tangisan sebagaimana para salaf dan orang-orang soleh melakukannya, maka menangislah kerana kehilangan rasa itu [rasa gerun dan khusyuk] daripada hati, kerana ia adalah satu musibah yang besar.

Mohon doa mendoakan :)

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Ikhram Husin 

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates