Social Icons

Wednesday 19 September 2012

Makanan Tambah Daya Tumpuan Otak


Makanan yang halal, berzat, bersih dan seimbang bukan saja diperlukan untuk otak yang sihat, tetapi juga bagi mendapatkan kesihatan yang baik bagi badan, jiwa, emosi dan akal fikiran yang akhirnya akan menghasilkan akhlak yang terpuji dan mudah mengerjakan ibadat.
Pelbagai makanan telah terbukti dapat membina otak yang sihat dan pintar seperti yang diamalkan oleh cerdik pandai Islam dari zaman berzaman, contohnya madu, kismis, susu segar, telur, halia, limau oren, buah delima, daging ayam, daging kambing, daging biri-biri dan kekacang.
Selain daripada otak yang sihat dan cerdik, daya tumpuan (konsentrasi) otak atau fokus juga perlu diberi perhatian kerana tanpa daya tumpuan ini, otak yang cerdik saja tidak dapat menghasilkan kerja yang bermutu, sukar belajar secara berkesan, tidak dapat membuat sesuatu keputusan dengan baik dan tepat, atau tidak dapat menghasilkan hasil seni yang bernilai tinggi.
Daya tumpuan pemikiran yang tinggi juga bergantung kepada jenis makanan yang diambil, sama ada bagi keperluan jangka pendek atau jangka panjang. Pakar pemakanan menyenaraikan beberapa jenis makanan yang dikategorikan sebagai makanan bagi menambah daya tumpuan atau fokus otak kita, di antaranya ialah:

1. Kafein 
- contoh: kopi, coklat, minuman bertenaga dan sesetengah ubat. Kafein memberi tenaga dan membuatkan kita mudah waspada atau berjaga (menghilangkan mengantuk bagi sesetengah orang), tapi jangan diambil secara berlebihan.

2. Gula (dalam bentuk glukosa yang dihasilkan daripada pencernaan gula dan karbohidrat dalam badan)
- juga sebagai sumber tenaga yang dapat meningkatkan kewaspadaan otak. Jika diambil terlalu banyak ia akan melemahkan ingatan.

3. Sarapan pagi dengan makanan mengandungi bijirin berfiber tinggi, bahan tenusu dan buah-buahan
- bagi membekalkan tenaga kepada otak bagi meningkatkan daya ingatan dan tumpuan bagi jangka pendek. Sebaliknya, jika terlalu banyak makan semasa sarapan pagi, ia akan mengurangkan daya tumpuan otak kerana mengantuk.

4. Ikan 
- sumber protein yang boleh meningkatkan daya ingatan otak kerana ikan banyak mengandungi asid lemak omega-3. Omega-3 ini juga diperlukan bagi perkembangan otak terutamanya bagi kanak-kanak dan mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan umur tua seperti nyanyuk, penambahan kolesterol dan risiko mendapat strok.

5. Kekacang dan coklat hitam (pekat) – mengandungi antioksidan vitamin E yang tinggi, yang dapat mengurangkan penurunan kognitif apabila umur semakin tua.
6. Avokado 
- dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan dapat menurunkan paras kolesterol “jahat”.

7. Bijirin 
- mengandungi banyak fiber dan vitamin E.

8. Blueberry 
- melindungi kerosakan otak dan mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan umur, seperti Alzheimer dan nyanyuk.

9. Vitamin dan mineral 
- sumber daripada makanan segar atau suplemen.

Perlu diingat, apa jenis makanan pun jika diambil secara berlebihan, ia akan membawa mudharat bukan manfaat. Ini sesuai dengan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Selain daripada makanan, perkara-perkara lain yang berkaitan juga membantu untuk menambah daya tumpuan seseorang, seperti:
* Cukup tidur.
* Banyak minum air putih.
* Senaman / aktiviti fizikal yang sederhana.
* Solat/zikir/meditasi bagi menenangkan fikiran supaya boleh fokus ke atas kerja yang dilakukan.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates