Social Icons

Thursday 4 July 2013

Kemasukan Ke Asrama Akhlak

Asrama akhlak adalah sebuah institusi tahan sementara dan pemulihan bagi menempatkan :

  • Kanak-kanak yang menghadapi konflik dengan undang-undang ; dan
  • Kanak-kanak yang tidak terkawal.
Terdapat 8 buah asrama akhlak untuk menempatkan kanak-kanak lelaki dan 3 buah lagi untuk kanak-kanak perempuan.

Objektif :
Untuk memberi jagaan, pemulihan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh mahkamah bagi menjalani tahan sementara, Cubaan Akhlak dan yang sedang menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti (STB).

Peraturan Kemasukan :
Kemasukan bagi tahan sementara dan kanak-kanak bermasalah tingkahlaku adalah melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Tempoh pemulihan di Asrama Akhlak bagi kanak-kanak adalah seperti ;
  • Cubaan Akhlak - tempoh tidak melebihi 12 bulan ;
  • Tahan sementara sehingga mahkamah mengeluarkan perintah tetap ; dan
  • dalam pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti (STB) - tempoh tidak melebihi 2 minggu.
Perkhidmatan :
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Asrama Akhlak adalah ;
  • Jagaan (tempat tinggal, makanan, pakaian, rawatan perubatan dan keperluan harian);
  • Kaunseling dan bimbingan (kaunseling individu, kaunseling kelompok dan sesi motivasi);
  • Kelas akademik (dalam atau luar institusi);
  • Pendidikan agama dan moral ;
  • Kelas latihan vokasional ;
  • Kemudahan sukan/riadah ; dan 
  • Keistimewaan (cuti, wang saku).
NOTE :
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak kami untuk keterangan.

30 comments:

  1. saya mempunyai seorang adik berumur 14 tahun dan tidak bersekolah, saya nak mendaftar kan dia ke sini, macam mana ye ??

    ReplyDelete
  2. Siti Noraliah,

    Untuk kemasukan bagi tahan sementara atau kanak-kanak bermasalah tingkahlaku adalah melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

    ReplyDelete
  3. Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 13 tahun yang mempunyai masalah tingkah laku. Bagaimana cara untuk saya memohon kemasukan untuk anak saya di asrama akhlak secara sukarela?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh membuat permohonan anak tidak terkawal kepada Pegawai Akhlak di Pejabat kebajikan Masyarakat di daerah Puan. Pegawai Akhlak akan memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai proses kemasukan ke institusi pemulihan. Sila bawa bersama laporan polis (jika ada) atau surat amaran sekolah atau apa-apa dokumen menerangkan keadaan salah laku anak Puan. Untuk makluman Puan, sekiranya sesuai anak Puan untuk menjalani pemulihan di institusi, proses kemasukan adalah melalui kelulusan mahkamah bagi kanak-kanak.

      Delete
  4. saya mempunyai anak perempuan berumur 15 tahum, mempunyai masalah tingkah laku yang serius, seperti menyelinap keluar rumah tanpa disedari dan tidak balik kerumah selama 6 sewaktu hari persekolahan.....mempunyai 2 karektor yang jauh semasa dirumah, atau disekolah........ tidak langsung takut kepada sesiapa ................

    bolehkah saya membuat permohonan kemasukan asrama pemulihan akhlak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm puan, berkenaan perkara ini puan boleh terus menghubungi Pegawai Pelindung kami untuk dapatkan khidmat nasihat di talian: 03-7842 2584 / 2587

      Delete
  5. salam,saya mempunyai seorang anak perempuan yg diluar kawalan saya,dan sudah beberapa kali melarikan diri,semalam saya merujuk ke jabatan kebajikan masyarakat ditempat saya,soalan saya..adakah semua kos makamah perlu ditanggung oleh ibu bapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Permohonan kanak-kanak tidak terkawal dibuat secara sukarela oleh ibu bapa, dan pegawai akhlak di JKM akan menetapkan tarikh untuk hadir ke mahkamah.

      Tiada Bayaran dikenakan kepada ibu bapa/penjaga

      Delete
  6. Salam. Sy menjaga anak arwah kakak sy yg berumur 10 tahun. Dia berada di luar kawalan dan telah lari dari rumah. Adakah boleh sy hantar dia untuk masuk ke tunas bakti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Tuan/Puan boleh berbincang dengan pegawai Akhlak/ Pelindung Kanak-Kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat di Daerah Tuan/puan untuk permasalahan anak saudara tuan/Puan. Faktor usia kanak-kanak juga akan diambil kira serta aspek-aspek lain yang mana pegawai Akhlak/Pelindung Kanak-Kanak akan membuat penilaian terlebih dahulu.Sila bawa dokumen-dokumen yang berkaitan.

      Delete
  7. Salam, saya inginkan pendapat kerana saya tidak pasti apa yang patut saya lakukan pada adik lelaki saya yg berumur 17 thun.
    Dia suka memberontak dan segalanya kene ikut cakap dia seolah2 dia x takut pada ibu ayah saya ...dia suka pecahkan dan abis semua brng dlm rumah kereta rosakdan suka meminta ibu ayah saye tunaikan segala kemahuan dia
    Dia suka memaki hamun atau tampar ayah saya apabila diluarkawalan...
    Ayahibu saye sepwrti hamba kepada dia

    ReplyDelete
  8. anak saya akann dibicara pada 23hb jun ni... bagaimana saya nak bawa ank saya kluar dari pusat akhlak setelah 2 bulan ditempatkan disana seblom makamah membuat keputusan selanjutnya?

    ReplyDelete
  9. Saya nak tanya...
    Untuk kanak kanak berusia 8 tahun...boleh kah di tempat kan di tempat pemulihan seperti yg di nyatakan??kanak kanak ini suka memberontak...mencuri wang di rumah...kerap keluar rumah...di sekolah pun xterkawal...bagaimana ya...mohon pencerahan...segera

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya...
    Untuk kanak kanak berusia 8 tahun...boleh kah di tempat kan di tempat pemulihan seperti yg di nyatakan??kanak kanak ini suka memberontak...mencuri wang di rumah...kerap keluar rumah...di sekolah pun xterkawal...bagaimana ya...mohon pencerahan...segera

    ReplyDelete
  11. Saya ingin bertanya..
    Bagaimanakah prosedur utk memasukkn remaja yg berumur 15tahun mmpunyai tingkahlaku yg tidak dapat dikawal.. Selalu ponteng sekolah..mudah terpengaruh dgn rakan sebaya, suka memberontak. Mohon pencerahan segera..terima kasih

    ReplyDelete
  12. Selamat sejatera Admin saya ingin Tanya anak buah saya yang berumur 18 tahun perempuan terlalu bermasalah seperti masalah boyfriend dan telah keluar rumah dan tingal di tempat yang tidak berselamat juga mengambil dadah dan alcohol dan selanjutnya apakah sepatut saya dikena buat tolong saya bagi penyelesaian.

    ReplyDelete
  13. Saya dari spore ingin pendapat tuan/puan bagai mane cara untk masokkan remaja yg berumor 15 tahu kesana,tentang tingkahlaku nye yg malas kesekolah,selalu ponteng bila di tnya dia diam sahaja,mohon tuan/puan pencerahan dengan segera.terima kasih wasallam.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum....saya ingin bertanya...saya mempunyai seorang ank lelaki sekarang berumur 10 tahun ank saya sering memberontak..tak mendengar kata suka menjerit jerit...malas ke sekolah dan malas belajar...bagaimana cara nye untuk saya membuat permohonan kemasukan d sini ...mohon pencerahan segera...

    ReplyDelete
  15. Saya mmempunyai anak lelaki berumur 13 tahun yang bermasalah tingah laku seperti ingkar cakap kami serta selalu keluar rumah untuk merayau tanpa pengetahuan kami. Dimana saya harus membuat permohonan kemasukan dia...... ( mohon pengesahan segera)

    ReplyDelete
  16. Saya ada ank umur 17 thn lelaki.. Sya x mampu nk kawal perangai suka merayap.. Blh X sya nk apply masok ke sini..

    ReplyDelete
  17. Salam. Saya ada adik umur 12 tahun kerap mencuri di sekolah dan langsung tidak endahkan setiap nasihat saya dan tak takutkan sesiapa. Tiada laporan polis dibuat. Guru2 hanya memberi amaran lisan kepada saya tanpa sebarang rekod. Bagaimana saya nak daftarkan dia ke asrama akhlak ini?

    ReplyDelete
  18. Sya mempunyai anak lelaki 17thn yg bermasalah dh mcm2 cara sya buat tp anak semakin teruk, sya tak mau lakukan kekerasan pada dia takut malang tak berbau. Sya masih sayang dia & mahu dia okay so sya harap pihak tuan share solution macammana nak hantar anak sya ke pusat tuan dengan cara sukarela

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum tuan/puan...saya seorang emak tiri dan mempunyai ank tiri lelaki 2 orang yg berumur 13 tahun dan 12 tahun yg mempunyai masalah amat serius...saya perlukan pendapat tuan puan apa yang perlu saya buat untuk pulih kan mereka semula.saya sertakan masalah2 yang amat susah untuk kami sekeluarga nak kawal
    1.anak sulung masa berusia 12tahun (2019)cuba melakukan seksual pada ank perempuan saya yang berumur ketika itu 3 tahun..dan sayajuga ada membuat laporan polis tetapi tidak ada tindakan yg serius di ambik selain di beri amaran sahaja
    2.ketika umur 13 tahun(2020) dia mengulangi lagi perbuatan seksual dengan secara merabah2 ank perempuan yang berumur 4 tahun(2020)
    3.kerap melakukan seksual bersendirian( melakukan onani )dalam tandas berjam atau dalam bilik tidor
    4.mengintai orang mandi
    5.mencuri
    6.merokok secara curi2
    7.tidak berminat belajar
    8.lari rumah
    Anak lelaki berumur 12tahun(2020) duduk d kelantan
    1.cuba melakukan seksual kepada kak ipar ia itu meraba2 kaka ipar sewaktu tengah malam( tidak ada laporan polis)
    2.cuba melakukan seksual ia itu meraba2 adk perempuan(sepupu) sewaktu tengah malam..(tidak ada laporan polis)
    3.mencuri
    4.lari rumah
    5.tidak berminat belajar
    Merayu pada tuan puan dapat membantu saya untuk menyelesaikan masalah ini apa yang perlu saya buat..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Saya seorang ibu tunggal sudah lebih 10 tahun berpisah hidup dengan bekas suami .. anak tinggal bersama sejak berpisah .. masalah saya , anak yg berumur 13 tahun (sejak umur 11tahun @ 2018 ) suka memberontak jika keinginannya tidak dapat bermain games samada di cyber cafe atau dgn gadgets dipenuhi.. pecah2kan brg dlm rumah .. pernah cuba serang saya malah pernah sepak kepala lutut kaki & pukul badan serta tumbuk lengan tangan sehingga saya x bole nak mengangkat tgn spt biasa .. pernah baling kerusi ke arah saya juga pecahkan beberapa buah kerusi plastik .. sering menyalahkan saya jika saya x mampu atau x dapat nak penuhi kehendak dia nak bermain games sepuas2nya.. byk brg2 dlm rumah pecah ..kekadang sengaja dipecahkan .. pernah jgk mencuri wang semata2 mahu bayar bg membaiki gadget tablet yg rosak .. mencuri wang utk mengeluarkan belanja membayar di cyber cafe .. ketagih kepada games smp x kisah bab solat & waktu makan serta abaikan pelajaran .. akan hilang selera makan sbb kenyang dgn leka bermain games .. tolonglah saya .. apa patut saya buat utk memperbaikikan keadaan ..
    Terima kasih kerana sudi membalas ..

    ReplyDelete
  21. Salam...saya mencari baby yg Bru lahir utk dijadikan anak angkat...xksh jantina baby..xkisah status baby...yg penting btul2 ikhlas nk bg...hubungi saya jika ada...0198234285

    ReplyDelete
  22. salam,sy ada anak buah perempuan dlm lingkungan umur 17thn dan mempunyai anak x sah taraf yg sekarang berumur 1thn 2bln..sekarang die tggl dgn opahnya dan mempunyai background family bermasalah..skrg die masih x berubah2 lg dan kami ingin tahu mcm mana prosedurnya utk msukkn die dlm program ini..tq..

    ReplyDelete
  23. Anak lelaki sy berumur 16 thn mempunyai masalah tingkah laku. X takut siapa pun. Selalu curi keluar rumah x kira siang mlm. Terlibat rempit dan dadah.. blhkah sy daftar dia ke program ni..

    ReplyDelete
  24. As salam sy ada adik berumur 24tahun baru lahirkn anak luar nikah bulan 5 tempoh hari.. dia sekarang perangai masih tidak berubah dan makin teruk sbgai contoh dia berani tidak balik rumah menipu keluar rumah tanpa izin dan kurang ajar dengan orang

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..
    Sy nk mohon bantuan kpd pihak berkenaan ttg ank sy,sepertimana sy maklumkan.Sy ada anak no 2,tp masalahnya dari pra hgga darjah 6.Maklumlh kerana covid19.Pihak sek ada beberapa bagi kerja sek melalui pdpr,anak sy langsung tk mahu buat kerja sek.Sy pernah tlg anak sy buat kerja sek,tp ank sy masih tk indahkan diri utk berjaya dlm pelajaran pd tahun 2021,skrg dah menjelang tahun 2022.Ank sy tidak mempunyai matapelajaran yg begitu bagus.Puas sy menasihatinya tp masih lagi degil dan asik nk main Hansed yg diperlukannya.Skrg nie ank sy nk masuk tingkatan satu,tgh menunggu jawapan dari jabatan pendidikkan pelajaran nk masuk kelas menengah.Dan sy risau kalau masalah ini tidak dpt mengubah diri ank sy nnti.Ank sy yg no 2 ini.Perlukah ank sy perlu bimbingan kauling utk sek seperti ank sy nie.Iaitu muhammad Muzri Hakimi bin muzahid.Sy nk ank sy berjaya masa depan hidupnya.Sy tk mahu tercicir dimasa hadapannya.Tolonglah macamana nk bagi ank sy berubah .

    Sy akan tinggalkan maklumat terkini utk maklumat pihak.My wasap/0136568247.sila tekan nombor ini tersebut.Sy amat mengharapkan kasih belasan ank sy sprti dan supaya ia akan berubah nanti.

    Kerjasama ini dapat dialukan dari pihak tersebut dan jasa baik pihak tuan/puan amat disanjung tinggi.

    Dan sy sudahi dengan wabillahitaufik wahidah assalamualaikum.

    ReplyDelete
  26. URGENT LOAN IS AVAILABLE NOW
    TODAY I GOT MY DESIRED LOAN AMOUNT $760,000.00 FROM A RELIABLE AND TRUSTED LOAN COMPANY LAST WEEK, BUSINESS/HOME/COMPANY/PROJECT/PERSONAL LOAN? ARE NOW AFFORDABLE HERE FOR YOU TODAY CONTACT Email profdorothyinvestments@gmail.com

    Hello,I'm here to testify of how i got my real estate business loan from PROF. MRS.DOROTHY JEAN INVESTMENTS (profdorothyinvestments@gmail.com) I don't know if you are in need of an urgent loan to pay bills, start business or build a house, they offer all kinds of loan Ranging from $5,000.00 to $2,000,000.00USD with a low interest rate of 2% and loan duration of 1 to 33 years to pay back the loan secure and unsecured. Are you losing sleep at nights worrying how to get a Legit Loan Lender?
    MRS.DOROTHY JEAN holds all of the information about how to obtain money quickly and painlessly without cost/stress via Contacts Whatsapp Number +1(541)279-1406 Email profdorothyinvestments@gmail.com

    Consider all your financial problems tackled and solved ASAP. Share this to help a soul right now THANKS.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates