Social Icons

Tuesday 9 July 2013

Perkhidmatan Warga Tua Dengan Kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Warga Tua ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini adalah berpandu kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Ageing 1982.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan untuk golongan ini ialah :

  • Jagaan dan Perlindungan Di Institusi
  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan Alat Sokongan /Tiruan
  • Khidmat Kaunseling
Disamping itu juga, Jabatan dengan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan menyediakan perkhidmatan berikut :

Pusat Jagaan Harian Warga Emas
  • Memberi kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal 
Pusat Aktiviti Warga Emas
  • Memberi kemudahan kepada warga tua bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga yang keluar bekerja.
Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)
  • Memberi perkhidmatan kepada warga tua yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga tua untuk membantu menjalankan urusan harian seperti kebersihan tempat tinggal, menemani warga tua, membeli barangan keperluan, membayar bil dan penjagaan kesihatan.
Unit Penyayang Warga Emas
  • Perluasan kepada program Khidmat Bantu Di Rumah yang bertujuan memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan kemudahan kesihatan di hospital /klinik.

3 comments:

  1. Saya ingin derma untuk golongan tua yang kurang mampu, bagaimanakah caranya?

    ReplyDelete
  2. Untuk menderma, tuan/puan boleh hantarkan email kepada pihak kami kriteria-kriteria yang dikehendaki bagi menyalurkan sumbangan supaya pihak kami dapat mencadangkan ke lokasi atau tempat yang sesuai untuk disalurkan sumbangan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Salam.. bagaimanakah cara untuk mendapatkan khidmat bantu di rumah bagi warga emas yg memerlukan teman? hanya pads waktu pejabat sahaja..

    -cik siti

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates