Kanak-kanak yang berusia dibawah 18tahun yang diletakkan dibawah jagaan, kawalan dan pemeliharaan seseorang yang bukan ibubapa/ saudara kepada kanak-kanak itu mengikut mana peruntukan dibawah akta kanak-kanak 2001.
Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai ibubapa
Permohonan permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan dokumen yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Ibubapa pelihara
- Salinan Sijil Perkahwinan
- Slip Gaji Terkini
- Laporan Kesihatan Ibubapa Pelihara
- Gambar Ibubapa Pelihara Bersaiz Pasport (1 Set)
Saya nak tanya, anak pelihara tu sama ke dengan anak angkat? Dari mana kanak-kanak diambil? Anak siapa?
ReplyDeleteAnak Pelihara adalah anak yg dijaga sementara mndapatkan sijil Anak Angkat dari Jab. Pendaftaran Negara (JPN). Anak angkat pula yang telah dapat Sijil Anak ANgkat. Kanak-kanak yang ditawarkan adalah dari Rumah Kanak-Kanak yang mana kanak-kanak ini tiada ibu bapa (tidak dapat dikesan) dan telah mendapat perintah mahkamah untuk diberikan kepada ibu bapa pelihara yang sesuai oleh Ketua Pengarah JKMM.
ReplyDeleteterima kasih dii atas jawapan pantas dari pihak tuan, saya akan ke pej kebajikan selepas ini..terima ksih sekali lagi
ReplyDelete