Social Icons

Wednesday, 18 April 2012

TAKLIMAT AKTA KERJA SOSIAL

Taklimat yang diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling dimana telah disampaikan oleh PKMD, Pn Sunarni yang menerangkan tentang Akta Kerja Sosial atau suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan perlesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial.



Bagi memahami Akta ini yang lebih bertujuan :

Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan  mereka dalam komuniti. Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.

Akta  ini adalah satu strategi penting dalam initiatif Kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial. Dengan menetapkan piawaian kecekapan profesional pekerja sosial, Akta ini akan dapat meningkatkan keupayaan dan kualiti  perkhidmatan kebajikan masyarakat keseluruhannya, terutama dari aspek penjagaan, keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dan keluarga di Malaysia.

Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan Akta.

Akta ini akan memberi jaminan kepada  orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan.  Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malayisia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates