Social Icons

Friday, 4 January 2013

Gaza Kami Prihatin

Bersama Saudara Jufitri Joha [Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)] akan membicarakan seputar isu Palestin dan Negara haram israel.


Beliau banyak terlibat dalam aktiviti sukarela dalam misi-misi kemanusiaan global. Terbaharu, beliau secara langsung terlibat dengan isu PALESTIN-zionis.



Tarikh :
14 Disember 2012 [JUMAAT]

Waktu :
0900-1000 pagi 

Tempat :
Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling




PERBEZAAN YAHUDI , ZIONIS DAN ISRAEL
Sebelum kita mengupas peranan kerajaan British dalam pembentukkan Negara Israel ini, kita mestilah memahami apakah perbezaan di antara Yahudi dan Zionis. Umumnya, ramai khalayak merasakan apabila bercakap soal Yahudi, Zionis , Israel dan keyahudian, terdapat banyak stereotyping dan misnoma yang dikaitkan dengan frasa-frasa ini. Jadi, sebelum mana-mana di antara kita ingin berdiskusi secara lebih lanjut tentang Yahudi, Israel, Zionisme dan keyahudian secara menyeluruh perlulah kita fahami akan terminologi-terminologi ini dahulu, agar sekurang-kurangnya dapatlah kita elakkan mengecam dan mengutuk sesuatu bangsa secara membuta tuli. 

Menurut Dr. Heazar Ismail, beliau mendapati bahawa kebanyakan masyarakat menganggap frasa-frasa ini membawa maksud dan mewakili kumpulan masyarakat yang sama, yang tentu sekali anggapan ini amat besar khilafnya.

Perkataan Yahudi itu sendiri melambangkan suatu bangsa, yang jika dikaji susur galurnya di dalam kitab-kitab samawi menunjukkan bahawasanya bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S melalui anaknya Nabi Yaakub A.S. Manakala agama Yahudi itu atau Judaism merupakan agama amalan bangsa itu sendiri secara eksklusif. Bangsa Yahudi itu semestinya beragama Yahudi dan penurunan keturunan di kalangan bangsa Yahudi ini berlaku dari sebelah ibu, yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya adalah Yahudi, maka dia secara automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang berbangsa Yahudi oleh komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan agama mereka secara introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka kepada bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset bangsa lain “masuk” agama Yahudi. 

Zionisme pula atau fahaman Zionis adalah satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri atau promised land yang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl. Dan hasilnya,tertubuhlah sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam sedunia dengan nama Israel . Dan dasar Israel ini adalah mudah - negara ini menganggap semua orang Yahudi, tidak mengira dari mana asal negaranya merupakan penduduknya yang sah dan dibenarkan untuk berhijrah pulang ke Israel untuk menetap secara tetap sebagai rakyatnya.Inilah punca utama pergeseran yang kita saksikan saban hari di Asia Barat apabila kerajaan Zionis Israel terus menerus merampas tanah hak rakyat Palestin untuk memperbesarkan komuniti Zionisnya secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

Fuad Sayid Abdul Rahman al-Rifa dalam bukunya Hakikat al-Yahud menjelaskan bahawa orang Yahudi ialah pengikut nabi yang mulia iaitu Nabi Musa a.s. dan Nabi Musa ialah keturunan Nabi Yaakub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Manakala nama Israel ialan nama gelaran yang diberi oleh Allah swt kepada Nabi Yaakub. 

Perbezaaan besar di antara Yahudi dan Zionis ialah; penganut fahaman itu tentunya orang yang beragama Yahudi dan berbangsa Yahudi, tetapi bukannya semua penganut dan bangsa Yahudi tersebut berfahaman Zionis. Sebagai contoh, pengikut kepada mazhab ortodox Yahudi yang dikenali dengan nama Naturei Karta misalnya merupakan sekelompok masyarakat Yahudi yang menentang secara habis-habisan ideologi Zionisme dan juga penubuhan Israel yang dianggap gerakan itu sebagai satu ‘dosa besar’ bagi bangsa Yahudi. Malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan anti Zionism lain di kalangan masyarakat Yahudi di peringkat antarabangsa, antaranya ialah seperti International Jewish Anti Zionism Network (IJAN) dan Satmar. Gerakan-gerakan ini, sama ada berbentuk sekular mahupun secara keagamaan, semuanya membenci dan menolak gerakan sekular Zionisme yang mereka anggap sebagai satu gerakan haram yang menggadaikan maruah bangsa Yahudi itu sendiri di mata dunia.

Peristiharan Balfour 1917 (bertarikh 2 November 1917) merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak-hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain.

Deklarasi ini dibuat melalui surat daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis iaitu sebuah organisasi zionis persendirian. Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi." 

Deklarasi Balfour kemudian dimasukkan ke dalam Perjanjian Damai Sèvresdengan Turki dan Mandat British Palestin

Surat itu juga menyatakan polisi yang dipersetujui dalam mesyuarat kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917 iaitu antara lain menyebut bahawa pemerintah Inggeris menyokong rancangan-rancangan Zionis mewujudkan negara Yahudi di Palestin. Dalam erti kata lain, deklarasi tersebut telah memberikan hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel. Ia merupakan batu asas penjajahan ke atas bumi Palestin yang diletakkan oleh Britain dan bermulanya dengan rasminya penafian hak kewujudan rakyat Palestin ke atas bumi dan tanah air mereka sendiri.

Arthur James Balfour
Mandat Palestin, juga dirujuk sebagai Mandat British atas Palestin merupakan Mandat Liga Bangsa-bangsa yang dirangka oleh kuasa Bersekutu dan sekutunya selepas Perang Dunia Pertama dan secara rasmi diluluskan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922. Dengan kuasa yang diberikan dibawah mandat tersebut, Britain memerintah Palestin pada tahun 1920-1948 dan dalam sejarah kawasan itu dirujuk sebagai Mandat British

Salah satu tokoh utama Yahudi yang merundingkan kerangka (framework) terhadap deklarasi ini ialah Dr. Chaim Weizmann, seorang jururunding terkemuka di organisasi Zionisme di Britain yang juga merupakan seorang ahli kimia. Setelah pertemuan pertama antara Chaim Weizmann dan Balfour pada tahun 1906, pemimpin Persatuan itu telah mengesan kepribadian Weizman. Balfour telah bertanya kepada Weizmann mengapa Palestin yang dipilih untuk dijadikan tanahair kaum Yahudi dan hanya Palestin saja yang diinginkan menjadi tapak Zionisme. Weizman menjawab: 

"Semua tempat yang lain akan menjadi pemberhalaan", Weizmann memprotes, lalu menambahkan: "Tuan Balfour, andai saya menawarkan Anda Paris sebagai ganti London, akankah Anda mengambilnya?"
Balfour menjawab kembali: "Namun Dr. Weizmann, "kami memiliki London", 
Lalu Weizmann menjawab, "Itu benar, namun kami memiliki Jerusalem dulu manakala  London merupakan rawa."

Weizmann ialah seorang ahli kimia yang telah mencipta sintesis aseton melalui fermentasi. Aseton diperlukan dalam menghasilkan cordite, bahan pembakar yang diperlukan untuk digunakan untuk membuat peluru. Jerman merupakan pusat pengeluar yang juga telah memonopoli ramuan aseton kunci iaitu kalsium asetat. Tanpa kalsium asetat, Britain tidak boleh menghasilkan aseton dan tanpa aseton tidak akan ada ada cordite. Jadi, tanpa cordite, Kerajaan Inggeris pada ketika itu mungkin akan kalah dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ketika kerajaan British bertanya kadar bayaran apa yang dikenakan oleh Weizmann, Weizmann telah  menjawab, "Hanya ada satu hal yang saya inginkan. Tanah air buat orang-orang saya." Beliau menerima pembayaran untuk penemuan ini ianya telah menjadi liku-liku catatan dalam sejarah awal pembentukan negara Israel. 

Deklarasi Balfour sebenarnya dikeluarkan oleh pihak yang tidak memiliki apa-apa hak ke atas bumi Islam Palestin iaitu Inggeris kepada pihak yang tidak berhak menerimanya iaitu Yahudi untuk membina negara haram Israel. Ia adalah semata-mata untuk kepentingan Inggeris bagi menyelesaikan masalah Yahudi di Eropah, ingin memecahbelahkan kesatuan umat Islam di dunia Arab serta bermatlamat memudahkan negara-negara Barat membuat percaturan politik mereka di Timur Tengah dan merealisasikan kepentingan mereka setelah wujudnya negara Yahudi iaitu Israel. 

Kesan Daripada Deklasari Balfour
Sewaktu Britain mengambil alih pentadbiran Palestin jumlah penduduk Yahudi ialah 60,000 orang iaitu kira-kira 10% dari keseluruhan penduduk yang mana sebahagian besarnya orang Arab beragama Islam. 

Kerajaan British yang sememangnya sehaluan dengan objektif-objektif zionis telah menerima dan meluluskan satu deklarasi yang terkenal di dalam sejarah sebagai 'Deklarasi Balfour'. Deklarasi ini merupakan satu inisiatif yang menggalakkan bangsa Yahudi di Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin secara besar-besaran. 
Pada bulan November 1947, Bangsa-bangsa Bersatu di bawah pengaruh Amerika Syarikat dan British telah membahagikan Palestin menjadi dua – 42.88% tanah Palestin diberika kepada Arab Palestin, manakala kira-kira 57% diserahka kepada kaum Zionis. Pada bulan Mei 1948, kaum Zionis Yahudi pun mengisytiharkan penubuhan negara Israel . Tapi ini masih tidak memuaskan hatinya lagi. Demi mencapai cita-cita, mereka terus menggunakan taktik keganasan dan kekerasan untuk mengusir penduduk Arab dari Palestin serta memperluaskan wilayahnya dengan mencapluk wilayah Arab Palestin. 

Setelah itu penaklukan terhadap kawasan orang Palestin dilakukan berperingkat-peringkat menerusi peperangan tahun 1948, 1956, 1967, 1978, 1982 dan 2002. Tahun 1948 pengambilan kawasan Galilee, kawasan Auja dan koridor Jerusalem di mana kawasan ini adalah milik Palestin menerusi Resolusi PBB 181. 
Oleh karena itu para Zionis mulai terlibat dalam kegiatan-kegiatan khusus´ untuk mendorong´ berpindahnya orang Yahudi dari Eropah terutamanya Russia dan Amerika Syarikat ke Palestin, bahkan memaksa jika diperlukan, seperti mengganggu orang-orang Yahudi di negara-negara asalnya dan bekerja sama dengan para anti-Yahudi untuk meyakinkan bahawa pemerintah akan mengusir orang-orang Yahudi. Dengan demikian, Zionisme telah berkembang sebagai gerakan yang mengganggu dan menzalimi rakyat Palestin. 

HOLOCAUST

Keadaan berterusan, sehinggalah munculnya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.  

PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel . Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah peristiwa Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan. Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel , maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama iaitu Dr. Chaim Weizmann. 

Imperialisme Zionisme
Zionis tidak dibentuk atas dasar agama. Zionisme adalah dasar imperialis yang membuat keuntungan melalui dasar kapitalis. Setengah abad peperangan di Timur Tengah adalah dasar untuk mengawal kekuatan dunia yakni minyak di Arab, yang dianggarkan berjumlah AS$15 trilion (dengan harga AS$25 setong pada tahun 2002).Justeru dengan cara-cara inilah, akhirnya penduduk Arab Palestin hanya tinggal 300,000 orang sahaja, manakala lebih daripada 2 juta lainnya telah kehilangan tempat tinggal dan 80% tanah Palestin juga telah dirampas. Meraka yang kehilangan tempat kediaman kebanyakannya menjadi pengungsi di negara-negara lain, khasnya di khemah-khemah pelarian Jordan , Lubnan, Mesir dan negara-negara Arab lainnya. Inilah latar belakang bagaimana kaum Zionis Israel selangkah demi selangkah mencapluk negara Palestin. Pendek kata negara Israel didirikan di atas tulang belulang rakyat Palestin dan rakyat Yahudi yang dipergunakan kaum Zionis dengan kerjasama British dan Amerika Syarikat. Selama kekuasaan Inggeris, lebih dari 1500 orang Palestin yang berjuang untuk kemerdekaannya terbunuh dalam pertempuran yang dilakukan oleh tentara-tentara Inggris. Di samping itu, ada pula beberapa orang Palestina yang ditahan oleh Inggeris karena menentang pendudukan Yahudi. Tekanan pemerintah Inggris menyebabkan kekerasan serius terhadap mereka. Namun, terorisme Zionis tidak terbandingkan kekejamannya. Kekejaman Zionis, yang pecah begitu berakhirnya Kekuasaan Inggeris, meliputi pembakaran penempatan orang Arab Islam di desa-desa, penembakan wanita, anak-anak, dan orang tua seolah sebuah hukuman mati, penyiksaan korban-korban yang tidak berdosa dan pemerkosaan wanita-wanita dewasa dan remaja. 

Kesimpulan
Bumi Palestin adalah negara nenek moyang bangsa Arab dan umat Islam. Oleh karena itu, siapapun tidak boleh menyerahkan walau satu jengkal pun tanah yang sudah menjadi milik bangsa Arab dan umat Islam secara turun temurun sejak ribuan tahun yang lalu. Kesepakatan apapun dalam rangka menghapus hak rasmi bangsa Arab adalah tidak sah. Pihak Inggeris dan Amerika Syarikat wajib dipersoalkan dan mesti bertanggungjawab di atas segala bentuk kekejaman, pengusiran, penjajahan, pembunuhan dan seumpamanya terhadap bumi Palestin kerana pihak mereka yang telah menempatkan Israel di bumi Palestin tersebut. Begitu juga, dunia antarabangsa harus sama-sama bertanggungjawab dari sudut sejarah dan moral di atas apa yang terjadi akibat deklarasi Balfour itu.

Kejayaan Yahudi melaksanakan deklarasi tersebut bukan bererti kekuatan yang ada pada mereka tetapi kerana bangsa Arab khususnya pemimpin-pemimpin dunia Arab tidak bersatu, masalah bangsa Arab yang tidak memanfaatkan sumber daya yang ada pada diri mereka sendiri dan tidak memiliki keimanan yang mendalam dan mereka juga tidak serius dalam melakukan penentangan terhadap Israel. 

Pada ketika tempoh tersebut juga, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami konflik dari aspek politik, ekonomi dan masalah dalaman serta ancaman luaran yang semakin hebat yang akhirnya telah menumbangkan Kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki serta semua kawasan Islam yang diperintahnya termasuklah Mesir, Semenjanjung Tanah Arab, dan sebahagian daripada Eropah. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain . Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain . Rententan itu wujudkan Negara-negara seperti Iran , Iraq , Arab Saudi, Lubnan, Palestin dan Israel . Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq . Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”. 

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain telah bersetuju dengan tuntutan kaum Yahudi untuk mewujudkan Negara Israel pada tahun 1948.

Rujukan

1. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah (2010), Muhammad Fikri Che Hussain, Hijjaz Record Publishing, Kuala Lumpur , 2010

2. Imperialisme Zionis, Prof. Dr. Bukhory Ismail, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Shah Alam, Utusan Malaysia, 16 Januari 2009

3. Islam Di Asia Barat Moden, Penjajahan dan Pergolakan, Fadhlullah Jamil, Karima Publications Sdn BHd, Shah Alam, 2007

4. Palestin Tak Pernah Gentar, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fatimah Syarna Mohd. Noordin, Kuala Lumpur , 2009

5. Pemikiran Islam Masa Kini, Abdul Rahman Haji Abdullah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur , 1987

6. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur , 2001

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates