Mengemis - Kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah samada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya.
Orang Papa - 1. Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga menimbulkan kacau ganggu.
2. Seseorang peleser yang dijumpai disesuatu tempat awam samada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
Apakah Akta Yang Digunakan
- Akta Orang Papa 1977
Apakah Tindakan Anda :
- Jika orang papa berada disekitar premis anda atau tempat awam, pastikan kutu rayau tersebut bukanlah mempunyai ciri-ciri masalah mental.
- Jika didapati atau disyaki mempunyai masalah mental, sila berhubung terus dengan Balai Polis berhampiran anda.
- Jika individu terbabit bukan mempunyai masalah mental, terus hubungi Pihak kami.
saya dapati banyak kanak-kanak mengemis yang mana kanak-kanak berkenaan adalah pelajar sekolah tahfiz, mereka menjual berbagai benda, pada pendapat saya, ini adalah masa untuk mereka belajar dan bukanlah masa untuk membuat jualan. Sekiranya mereka menjual barang, bagaimana mereka boleh membahagikan masa antara pelajaran dan perniagaan? terima kasih.
ReplyDeleteBetul, elakkan membeli atau menderma kpd kanak2 dr sekolah tshfiz tu, kalau tiada sambutan, maka ustaz2 pun akhirnys tak akan suruh kanak2 unt minta derma lagi
ReplyDelete