Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada waris Warga Emas meninggal dunia dan telah berdaftar dan OKU. Pembayaran RM2,500 dibuat dalam 2 peringkat, RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan diberikan selepas menerima laporan kematian. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.
Hanya ahli yang berdaftar dan meninggal dunia sahaja yang layak menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas. Bagaimanapun pendaftaran ahli selepas warga emas meninggal dunia adalah dibenarkan, sehingga dinyatakan sebaliknya.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
- Warga Emas WARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Lahir dan menetap di Negeri Selangor; ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 Dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
- Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi bukan kelahiran Selangor)
- Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan atau yang bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang layak.
PUSAT PENDAFTARAN
Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas dan OKU boleh dibuat di :
- Pusat Khidmat Dun seluruh Selangor & Parlimen WPKL
- Pejabat Tanah/Daerah seluruh Selangor
Juga boleh berhubung di :
Rantaian Mesra Sdn. Bhd
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5510 3468 / 3472
Faks : 03-5510 3455
PROSEDUR PENDAFTARAN
maksudnya adakah OKU juga layak mendaftar? sebab namanya Skim Mesra Usia Emas
ReplyDeleteTuan/Puan, ya...OKU yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan juga layak mendaftar.
ReplyDeleteSkim ini asalnya disasarkan untuk golongan warga emas, tetapi kemudian kumpulan sasar telah dikembangkan termasuk golongan OKU.
Terima kasih di atas pertanyaan anda.