Apakah keganasan terhadap wanita ?
- Keganasan atau ancaman keganasan adalah sesuatu yang dialami oleh setiap wanita - tanpa mengira umur, warna kulit, kepercayaan agama, harta atau status sosial.
Dan ia boleh berlaku di mana-mana ......... di jalanraya, di tempat kerja, di rumah.
- Bagi membentuk masyarakat yang tiada perbezaan hak dan bebas dari keganasan terhadap wanita, langkah-langkah pertama bermula dengan anda :
Langkah-langkah Semasa Menaiki Kenderaan Awam :
- Duduk berhampiran penumpang wanita lain.
- Elakkan menaiki bas/tren yang kosong atau hanya seorang penumpang lelaki di dalamnya.
- Jika menempah teksi, pastikan teksi yang datang adalah teksi yang anda tempah.
- Simpan maklumat - nama pemandu, nombor pendaftaran, warna & jenis kenderaan mengenai teksi yang dinaiki.
- Masuk kemudian & keluar dahulu jika menaiki teksi bersama teman/kawan lelaki.
0 comments:
Post a Comment