Social Icons

Tuesday, 24 December 2013

SALAH FAHAM : Mengenai Pesakit Mental

Semua Pesakit Mental Sentiasa Tidak Siuman

  • Tidak semua penyakit mental akan menyebabkan penghidapnya menjadi tidak siuman. Hanya mereka yang mengidap penyakit "psikosis" yang melibatkan gangguan kewarasan sahaja yang boleh mengalami masalah tidak siuman. Ianya bersifat sementara dan boleh dirawat.
Penyakit Mental Disebabkan Faktor Genetik Atau Keturunan
  • Tidak semua penyakit mental disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan. Buktinya, tidak semua yang mengalami penyakit mental mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental. Terdapat juga faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah penyakit mental seperti tekanan kerja, kewangan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.
Pesakit Mental hanya Boleh Dirawat Di Institusi Psikiatri atau Hospital Mental Sahaja
  • Sebahagian besar penyakit mental boleh dirawat sebagai pesakit luar seperti orang awam yang lain. Hanya pesakit mental yang kerap mengalami penyakit berulang (relapse) kerana berhenti memakan ubat atau sakit teruk kerana terbiar lama dan tidak mendapat rawatan doktor sahaja yang akan dirawat di hospital.
Pesakit Mental Tidak Dapat Menjalani Kehidupan Biasa dan Sentiasa Bergantung Kepada Orang Lain.
  • Sama seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh sembuh sekiranya diberikan rawatan yang teratur dan berterusan. Mereka yang hilang upaya akibat menghidapi penyakit mental masih mampu berdikari sekiranya menjalani rawatan pemulihan.
Pesakit Mental Selalu Mengganas dan Perlu Diasingkan
  • Jumlah kes keganasan disebabkan oleh pesakit mental adalah sangat kecil, tetapi ia disensasikan oleh pihak media. Keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja & boleh berlaku sekiranya penyakit mental yang dialami tidak mendapat rawatan. Rawatan yang sempurna akan membantu pesakit mental menjadi lebih tenang, terkawal & tidak perlu disisihkan dari masyarakat.
Pesakit Mental Tidak Boleh Bekerja
  • Melalui program pemulihan yang komprehensif & sistemetik, pesakit mental yang teruk boleh dipulihkan & kembali kepada kehidupan yang normal. Mereka boleh bekerja atau berdikari untuk menyara kehidupan mereka seperti sediakala.
Pesakit Mental Merupakan Orang Yang Lemah Semangat & Suka Menurut Perasaannya
  • Mereka kelihatan lemah semangat & suka menurut perasaan disebabkan penyakit mental yang dialami belum dirawat sepenuhnya. Dengan rawatan yang sempurna, masalah ini dapat diatasi.
Pesakit Mental Perlu Diasingkan 
  • Pesakit mental biasanya akan pulih dengan segera apabila mendapat rawatan yang sempurna & mereka boleh dirawat di dalam masyarakat sekeliling tanpa pengasingan.
Pesakit Mental Boleh Berjangkit. Elakkan Bergaul dengan Mereka 
  • Penyakit mental bukan disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun virus. Oleh itu ia tidak boleh berjangkit.
Oleh Kerana Punca Penyakit Mental Tidak Diketahui Maka Ianya Mustahil Untuk Dicegah 
  • Langkah-langkah pencegahan penyakit mental adalah meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif & mengamalkan kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif & mengamalkan cara hidup sihat.
Pesakit Mental Mempunyai "split personality" Kadang-kadang Baik, Kadang-kadang Jahat. Oleh Itu Mereka Tidak Boleh Dipercayai 
  • Tanda-tanda ketara pada seorang mental adalah akibat penyakitnya & bukan disebabkan "split personality". Mereka perlu diberi bantuan untuk patuh memakan ubat & menerima rawatan berterusan.
Pesakit Mental Ini Sebenarnya Mengada-ngada & Sengaja Hendak Perhatian Orang Lain
  • Tanda-tanda penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat, ia adalah tanda penyakit mental yang sebenarnya.
........................................................................
Rujukan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Wednesday, 4 December 2013

SARA 1 MALAYSIA : Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia

Skim Khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menyimpan dan melabur.

Skim ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan institusi kewangan terpilih.

Rakyat Malaysia yang layak mempunyai peluang untuk memohon pinjaman RM 5,000 daripada menyertai institusi kewangan untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kelayakan :
  1. Rakyat Malaysia yang berusia antara 18 dan 58 tahun;
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah digabungkan bulanan antara RM500-RM3, 000;
  3. Pemohon tidak boleh diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman itu;
  4. Pemohon dan / atau pasangan (s) tidak mempunyai apa-apa pelaburan dalam unit amanah ASNB, OR, jika ada, pemohon dan / atau pasangan (s) (isi rumah) telah pelaburan agregat digabungkan berjumlah RM10, 000 atau kurang dalam semua produk ASNB ;
  5. Hanya satu isi rumah adalah layak mendapatkan dana pinjaman dan
  6. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.
Dokumen Yang Diperlukan :

Dokumen Utama 

Dokumen Sokongan 
  • Asal dan 2 salinan MyKad pemohon
  • Asal dan 1 salinan MyKad pasangan (jika berkenaan)
  • Dokumen Pendapatan disahkan
    • Bagi pemohon dan / atau pasangan, sila berikan asal dan salinan Pay Slip atau Bank Penyata terkini tiga bulan.
    • Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji atau Penyata Bank, pengisytiharan pendapatan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
Permohonan :

Tuesday, 19 November 2013

SIKEMBAR : Skim Bantuan Asuhan Rakyat

SI KEMBAR dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) telah mendapat kelulusan syarat-syarat baru untuk memberi peluang lebih luas kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TASKA yang telah berdaftar.

Syarat-syarat baru tersebut adalah seperti :

Pendapatan Seisi rumah :

1.  RM 2,500 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 1 orang.
2.  RM 3.000 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 2 orang

Syarat-syarat lain adalah sama dengan syarat lama tidak ada perubahan.


Skim khusus ini ditadbir oleh :

RANTAIAN MESRA SDN. BHD
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam

Tel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472
Faks : 03-5510 3455

Monday, 4 November 2013

TUNAS : Skim Bantuan Tadika Selangor


TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor telah memulakan langkah bagi memberikan manfaat yuran untuk kanak-kanak TADIKA yang layak di Negeri Selangor. Asalkan rakyat Selangor yang layak akan memperoleh manfaat ini.

Manfaat ini berupa yuran sebanyak RM50.00 setiap bulan bagi menampung yuran TADIKA kanak-kanak yang layak. Bukan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk yuran, disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dan layak. Jumlah ini adalah besar, disalurkan setiap bulan dan pasti dapat meringankan beban yuran TADIKA. Kanak-kanak di Negeri Selangor adalah aset penting Kerajaan Negeri Selangor. Mereka berhak merasai sama Hasil Negeri Untuk Rakyat yang akan terus dilaksanakan selagi Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor.



Manual Petugas Tadika sila klik link ini :

Saturday, 19 October 2013

TAWARAN BEKERJA : Kepada Ibu Tunggal, Anak-Anak Miskin & OKU

Jawatan Kosong yang ditawarkan oleh Segi Cash & Carry Sdn Bhd kepada Ibu Tunggal / Anak-Anak Miskin & Orang Kurang Upaya (OKU) yang berminat untuk mendapatkan kerja.


Kepada calon-calon yang berminat untuk bekerja dengan Segi Cash & Carry Sdn Bhd, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung di :

Cik Nicole
Segi Cash & Carry Sdn. Bhd.
03-7805 2699 – Ext. 112

Thursday, 17 October 2013

Baby Hatch / Pusat Perlindungan Bayi

Baby Hatch adalah ruang khas bagi menempatkan bayi yang membolehkan mana-mana ibu terdesak tidak inginkan bayi dengan meninggalkanya dengan selamat. Baby Hatch pertama ditubuhkan di Malaysia di N0.6, Lorong SS 1/24A, Petaling Jaya, Selangor yang dikendalikan oleh OrphanCARE Malaysia.
  • Penubuhan OrphanCARE adalah untuk memastikan setiap BAYI yang dilahirkan tidak mengira apa juga latarbelakang agama atau bangsa mendapatkan keluarga yang sesuai melalui proses pengambilan anak angkat yang cepat dan teratur. Pihak OrphanCARE juga akan membantu ibubapa angkat dalam urusan dokumentasi seperti sijil kelahiran dan proses pengangkatan.
  • OrphanCARE adalah sebagai satu tempat transit kepada BAYI yang ditinggalkan sebelum diambil sebagai anak angkat sekaligus memberi peluang kepada mereka membesar dalam sebuah institusi kekeluargaan yang sempurna. Slogan OrphanCARE "Every Child Needs a Family" 
Bagaimana OrphanCARE berfungsi :


Kriteria Pengambilan Anak Angkat di OrphanCARE :
  • Pendapatan isi rumah.
  • Keutamaan kepada pasangan yang tiada anak selepas 5 tahun berkahwin.
  • Seluruh keluarga besar MENERIMA anak yang diangkatkan itu.
Lain-lain Faktor : Ekonomi. kesihatan, dan usia perkahwinan.
  • OrphanCARE bukan pusat jagaan bayi kerana setiap bayi yang diterima akan diserahkan terus kepada keluarga angkat.
Maklumat mengenai OrphanCARE :
Beralamat di : 

No. 54, Jalan 5/60 Bukit Gasing,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 03-7770 1900
Fax : 03-7780 1900

Hotline : 010-283 0528

Thursday, 10 October 2013

7 Langkah Mudah Untuk Mendaftarkan Taska


NOTA :
  • Permohonan yang lengkap dan memenuhi piawaian JKM sahaja akan diproses.
  • Sekiranya terdapat sebarang kelewatan permohonan semakan boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pengurusan Aduan PKMD Petaling melalui :
    1. Surat
    2. Faks : 03-7842 3190
    3. Telefon : 03-7842 2584 / 2587
    4. Email : jkmpetaling@selangor.gov.my
    5. PJ SMS Center : 012-611 5429

Tuesday, 8 October 2013

TAHUKAH ANDA : Pendaftaran Taska

Setiap TASKA perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Definisi Taska :
Mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah.

Tindakan Undang-Undang :
Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut :
- Didakwa di mahkamah dan boleh didenda tidak
melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hubungi :
  • Pegawai Unit Penguatkuasan, Pn. Siti Hajar, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, di talian 03-7842 2584 / 2587 untuk temujanji atau sebarang maklumat lanjut.

Thursday, 3 October 2013

Program Skim Mesra Usia Emas


Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada waris Warga Emas meninggal dunia dan telah berdaftar dan OKU. Pembayaran RM2,500 dibuat dalam 2 peringkat, RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan diberikan selepas menerima laporan kematian. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

Hanya ahli yang berdaftar dan meninggal dunia sahaja yang layak menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas. Bagaimanapun pendaftaran ahli selepas warga emas meninggal dunia adalah dibenarkan, sehingga dinyatakan sebaliknya.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1. Warga Emas WARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  2. Lahir dan menetap di Negeri Selangor; ATAU
  3. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 Dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
  4. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi bukan kelahiran Selangor)
  5. Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan atau yang bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang layak.
PUSAT PENDAFTARAN
Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas dan OKU boleh dibuat di :
  • Pusat Khidmat Dun seluruh Selangor & Parlimen WPKL
  • Pejabat Tanah/Daerah seluruh Selangor
Juga boleh berhubung di :

Rantaian Mesra Sdn. Bhd
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5510 3468 / 3472
Faks : 03-5510 3455


PROSEDUR PENDAFTARAN
  1. Hendaklah mengisi Borang Mesra Usia Emas yang boleh didapati dengan PERCUMA dari Pusat Pendaftaran di seluruh Selangor & WP Kuala Lumpur.
  2. Dokumen WAJIB yang telah disahkan diperlukan untuk pendaftaran ialah :
    • Salinan MyKad Ahli
    • Salinan MyKad Penjaga
    • Salinan MyKad Penama
    • Salinan Kad OKU (jika OKU)
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates