Social Icons

Thursday 10 May 2012

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK PENUNTUT MISKIN SECARA PERCUMA

Kolej WIT adalah merupakan sebuah kolej teknikal yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan dibangunkan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan, Semenanjung Malaysia serta telah melahirkan seramai 35,000 graduan setakat ini.

Matlamat utama Kolej WIT ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi dalam bidang teknikal dan kemahiran dengan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada semua peringkat umur terutama sekali kalangan keluarga pekerja, miskin dan berpendapatan rendah serta anak-anak ibu tunggal.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej WIT telah mendapat kelulusan bagi pembiayaan pengajian sebanyak 50 orang pelajar dibawah Program Pembiayaan Golongan Miskin dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk kursus berikut :



  1. JURUTEKNIK KENDERAAN MOTOR TAHAP 1 & 2 ( 25 orang penuntut)
  2. JURUTEKNIK MEKATRONIK TAHAP 2 & 3              ( 25 orang penuntut)
Pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian secara percuma dibawah Pembiayaan PTPK dengan diberi elaun bulanan sebanyak RM 100.00 sebulan.


Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi ditalian :
Bahagian Ekonomi Bantuan
PKMD Petaling
Tel : 03-7842 2584 /03-7842 2587

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates