Social Icons

Tuesday 17 July 2012

6 CARA MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

Batu karang selalunya dipandang remeh terutamanya di kalangan kaum wanita kerana ia sangat jarang dihidapi mereka tetapi di kalangan lelaki tersangatlah popular. Sekali kena, memang boleh meraung berhari–hari. Malah lagi teruk, boleh membuatkan kita menjadi seperti bayi kecil yang minta dibelai sampai tertidur. Antara tips-tips yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit ini adalah seperti berikut :


1. Memperbanyakkan minum air masak untuk membersihkan air kencing. Seelok-eloknya, ambillah 8 gelas air suam sehari supaya ia berupaya mencuci toksin dalam badan.

2. Elakkan minuman manis terutama minuman berkarbonat kerana boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat dan seterusnya lebih mudah mengidap batu karang.

3. Kekurangan vitamin B6 dan pottasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, ubi keledek berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mampu mengatasi kekurangan vitamin ini. Berjimat dan tidak perlu membeli vitamin ini di farmasi.

4. Elakkan makanan yang kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat dan juga banyakkan memakan sayur–sayuran selain buah-buahan kaya serat.

6. Paling penting sekali, kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates