Social Icons

Wednesday 18 July 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH (HOME HELP SERVICES)

Khidmat ini merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas dan oku terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga dirumah.

Objektif :
- Memberi bantuan sokongan kepada warga emas dan oku menjalani kehidupan yang lebih selesa dan tidak merasai diri mereka disisihkan.

- Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas dan oku.

- Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan oku dengan konsep masyarakat penyayang.

- Menggalakkan warga emas dan oku terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.

Sukarelawan Kebajikan :
- Sukarelawan yang menyertai program akan diberi elaun sebanyak RM 100.00 setiap bulan.

Syarat-syarat Pemilihan Sukarelawan Kebajikan :

  1. Berusia 18 tahun ke atas.
  2. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan :
  3. Kesediaan dan minat bekerja dengan warga emas dan oku.
  4. Sihat fizikal dan mental.
  5. Tiada rekod jenayah.

Sekiranya sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi menjayakan program ini boleh menghubungi :

Pn. Arne Wate Bt. Katirin
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
No.1, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-7842 2587/ 03-7842 2584  Faks : 03-7842 3190

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates