Social Icons

Wednesday 27 February 2013

Saya Hamil Luar Nikah, Apa Nak Buat?

ANDA MENGANDUNG DI LUAR PERKAHWINAN?

Hadapilah dengan tabah dan penuh keinsafan.
Jangan hadapi semua ini dengan sendiri!!!

Anda yang berusia 18 tahun ke atas jika mengandung luar nikah, untuk dapatkan khidmat nasihat atau tempat perlindungan sila hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan kawasan anda.

Kakitangan JKM bukanlah HAKIM yang akan menjatuhkan hukuman terhadap apa yang berlaku.

Kami Sedia Membantu

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Pandangan
boleh hubungi terus di talian :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
03-7842 2584 / 2587

7 comments:

  1. Saya ada saudara yang mengandung luar nikah, adakah JKM akan ambil bayi berkenaan? Kami telah berbincang sekeluarga dan kami ingin jaga bayi itu sendiri kerana kasihan bayi itu tidak berdosa. Boleh kah?

    ReplyDelete
  2. Tuan/Puan,

    JKM amat menggalakkan mana-mana bayi/kanak-kanak dipelihara oleh ibu/bapa/penjaga sendiri bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat hidup di dalam institusi kekeluargaan.

    JKM boleh mengambil alih peranan sebagai penjaga kepada mana-mana kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai ibu/bapa/penjaga yang layak/mampu.

    Kami menasihatkan agar kanak-kanak mesti didaftarkan kelahirannya selepas dilahirkan, demi menjamin kesejahteraan kanak-kanak pada masa hadapan.

    Terima kasih di atas pertanyaan tuan/puan.

    ReplyDelete
  3. Sye sedang hamil anak luar nikah Dan family sye tidak tahu sme skali tntg nie.. Dan due date sye hampir smpi.. Boleh ke selepas bersalin sye nak hantar anak sye ke pusat kebajikan ank2 luar nikah.. Sbb sye msi tak mampu utk menjaga nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk keterangan lanjut dan khidmat nasihat, puan boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran tempat tinggal puan atau boleh menghubungi pihak kami ditalian 03-7842 2584 / 2587 (Unit Kanak-kanak).

      Delete
  4. Saya nak tanya......
    Kawan saya ada anak luar nikah,boleh tak mohon bantuan kewangan bulanan dari Jkm?

    ReplyDelete
  5. Saya hendak bertanya, saya sedang mengandung 7 bulan anak luar nikah. Kedua ibu bapa saya sudah meninggal dunia, dan saya tidak berkahwin dengan lelaki tersebut. Tetapi saya hendak menjaga sendiri anak saya. Adakah pihak jkm akan datang untuk berjumpa saya dihospital untuk mengambil anak saya?

    ReplyDelete
  6. Saya mempunyai anak luar nikah .namun anak saya telah pun diambil pegawai jkm dan diletakkan sementara di rumah kebajikan dari jkm sementara menunggu pembicaraan mahkamah sepajang tempoh 3 bulan.dan saya mempunyai ibu yang menjaga saya .bolehkah saya mendapatkan kembali anak saya.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates