Social Icons

Wednesday 28 August 2013

Unit Kaunseling dan Psikologi PKMD Petaling

PENGENALAN
Kaunseling adalah proses dua-hala yang membantu orang membuat perubahan diri atau mengambil keputusan untuk menangani masalah. Ini berlaku melalui dialog antara klien dan kaunselor.
Kaunseling memberi peluang untuk anda melihat dengan lebih jelas konflik, gangguan atau masalah yang sedang dialami dan kesannya terhadap kualiti hidup anda. Melalui kaunseling anda boleh memahami kebimbangan dan ketakutan yang anda alami serta cara-cara anda menghadapi dan menangani masalah.
Kaunseling boleh membantu anda membuat pertimbangan kepada apa-apa perubahan atau keputusan yang anda ingin lakukan serta melihat pilihan-pilihan yang ada untuk anda. Melalui sokongan dan galakan kaunselor, anda akan memperolehi pemahaman diri, kematangan emosi, celik akal serta dapat membuat keputusan dan bertindak untuk menangani masalah anda. 
Objektif Unit Kaunseling dan Psikologi 

Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat.
Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan isu yang menganggu kehidupan.

Fungsi utama Unit Kaunseling dan Psikologi :

Melaksanakan program-program pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Agensi Kerajaan dan Swasta yang berminat.
Menjalankan sesi Klinik Kaunseling,  Kaunseling Perkahwinan / Pasangan, Kaunseling Keluarga, Bengkel Interaktif, Kaunseling Kelompok, Tele Kaunseling, Ujian Penaksiran Psikologi, Program Outreach dan Advokasi / Intervensi ke atas klien yang dirujuk / sukarela (walk in) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi. 

Piagam Pelanggan Unit Kaunseling dan Psikologi :

Sesi Intervensi  dijalankan dalam masa 45 minit hingga 60 minit
Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji sekurang-kurangnya 3 hari bekerja dari tarikh rujukan.
Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling di kalangan kakitangan PKMD akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji sekurang-kurangya 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan.
Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan Unit Kaunseling dan Psikologi.

Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat  : 9.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang – 4.30 petang

Aktiviti Unit Psikologi Kaunseling

Pegawai Psikologi S41 :-

Mengendalikan sesi kaunseling / konsultasi / intervensi krisis bencana, intervensi individu, kelompok, membuat penilaian psikologi, menjalankan lawatan psikososial di rumah, pengendalian bengkel & kursus, contoh kes seperti pengurusan kemarahan, penderaan, tatatertib, disiplin, psikososial dan lain-lain.
Mempromosi Khidmat Kaunseling, Psikologi dan Kesihatan dari aspek emosi, mental spiritual, dan tingkahlaku.

Pegawai Bertanggungjawab :

Encik Mohd. Noor Ikhram Bin Husin [K.B.P.A]
Pegawai Psikologi 

Puan Nur 'Aen Binti Abu Haniffah

Penolong Pegawai Psikologi [Kanan]

4 comments:

  1. salam sejahtera, boleh kaunselor datang ke rumah saya untuk membuat sessi? ini kerana saya agak sebok uruskan rumah, saya perlu ke pasar dan memasak selepas itu.
    Saya perlu kaunseling kerana saya kurang berpuas hati dengan suami saya. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Puan,

    Untuk pengetahuan pihak puan, mengikut etika kaunseling, sesi hanya boleh dijalankan secara formal di pejabat kaunselor. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu kaunselor boleh hadir ke rumah klien dengan kehadiran bersama Pegawai Pelindung, dimana klien memerlukan sokongan moral segera. Ianya berlaku sekiranya klien didera suami, kaum keluarga kemurungan akibat kematian keluarga terdekat atau sebagainya yg berkaitan dengan emosi yang tidak stabil.

    Bagi kes seperti puan,saya boleh mencadangkan puan menjalani sesi kaunseling secara Tele-Kaunseling iaitu melalui telefon atau melalui email.

    Puan boleh menghubungi Kaunselor PKMD Petaling pada waktu pejabat ni nombor 03-7842 2584 atau email terus kepada Unit Kaunseling PKMD Petaling di kaunselingpetaling@yahoo.co.uk

    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera, saya ingin bertanya, saya ada masalah perkahwinan dan rasanya suah tidak dapat menanggung ebban masalah ini. Saya perlu kaunseling dan berharap ia dapat menyelesaikan masalah saya. Masalahnya, suami saya enggan hadir sessi kaunseling kerana mengatakan saya adalah punca masalah dan bukannya dia...saya pula berpendapat dia juga menyumbang kepada masalah perkahwinan kami. Bagaimana? Adakah saya patut hadir sessi tanpa suami?

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Puan,

    Ya, Puan boleh hadir bersendirian di atas pilihan Puan untuk menjalani sesi kaunseling tanpa kehadiran suami.

    Pihak Unit Kaunseling dan Psikologi PKMD Petaling sentiasa bersedia membantu Puan. Semoga Puan berada dalam keadaan sihat ya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates