Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya .
Bila otot tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi , ini akan berlaku radang dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung .
Bagi denyutan jantung yang normal adalah di antara 80-90 denyutan seminit . namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidapi atherosclerosis . denyutan lebih cepat sekiranya penghidapi melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan .
Pada kebiasaannya penyakit atherosclerosis dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang, oleh itu anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan penyakit ini menyerang.
Faktor Atherosclerosis
Antara faktor Atherosclerosis yang kerap menyumbang kepada penyakit ini adalah seperti berikut :
- Keturunan
- Perokok
- Tekanan darah tinggi
- Kolestrol tinggi
Tanda-tanda Atherosclerosis
Tanda tanda seseorang itu menghidapi penyakit atherosclerosis adalah seperti kenyataan di bawah ini :
- Nafas atau dada menjadi sesak
- Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut .
- Mengalami pening kepala dan kadang kala pitam
- Degupan jantung menjadi lebih cepat
- Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih .
.................................................
Sumber : Terapi Imam Muda
.................................................
Sumber : Terapi Imam Muda
0 comments:
Post a Comment