PENGENALAN
Kaunseling
adalah proses dua-hala yang membantu orang membuat perubahan diri atau
mengambil keputusan untuk menangani masalah. Ini berlaku melalui dialog antara
klien dan kaunselor.
Kaunseling
memberi peluang untuk anda melihat dengan lebih jelas konflik, gangguan atau
masalah yang sedang dialami dan kesannya terhadap kualiti hidup anda. Melalui
kaunseling anda boleh memahami kebimbangan dan ketakutan yang anda alami serta
cara-cara anda menghadapi dan menangani masalah.
Kaunseling boleh membantu anda membuat pertimbangan kepada apa-apa
perubahan atau keputusan yang anda ingin lakukan serta melihat pilihan-pilihan
yang ada untuk anda. Melalui sokongan dan galakan kaunselor, anda akan
memperolehi pemahaman diri, kematangan emosi, celik akal serta dapat membuat
keputusan dan bertindak untuk menangani masalah anda.
Objektif Unit Kaunseling dan Psikologi
Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual
klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap
kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup
yang sihat.
Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah
perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat
pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan
isu yang menganggu kehidupan.
Fungsi utama Unit Kaunseling dan Psikologi :
Melaksanakan program-program pembangunan modal insan di kalangan penjawat
awam di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Agensi Kerajaan dan Swasta yang
berminat.
Menjalankan sesi Klinik Kaunseling, Kaunseling
Perkahwinan / Pasangan, Kaunseling Keluarga, Bengkel Interaktif, Kaunseling
Kelompok, Tele Kaunseling, Ujian Penaksiran Psikologi, Program
Outreach dan Advokasi / Intervensi ke atas klien yang dirujuk / sukarela
(walk in) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi.
Piagam Pelanggan Unit Kaunseling dan
Psikologi :
Sesi Intervensi dijalankan dalam masa 45 minit
hingga 60 minit
Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji
sekurang-kurangnya 3 hari bekerja dari tarikh rujukan.
Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling
di kalangan kakitangan PKMD akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari
bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji
sekurang-kurangya 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan.
Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang
rujukan Unit Kaunseling dan Psikologi.
Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang
– 4.30 petang
Aktiviti Unit Psikologi Kaunseling
Pegawai Psikologi S41 :-
Mengendalikan sesi kaunseling / konsultasi /
intervensi krisis bencana, intervensi individu, kelompok, membuat penilaian
psikologi, menjalankan lawatan psikososial di rumah, pengendalian bengkel &
kursus, contoh kes seperti pengurusan kemarahan, penderaan, tatatertib,
disiplin, psikososial dan lain-lain.
Mempromosi Khidmat Kaunseling, Psikologi dan Kesihatan
dari aspek emosi, mental spiritual, dan tingkahlaku.
Pegawai Bertanggungjawab :
Encik Mohd. Noor Ikhram Bin Husin [K.B.P.A]
Pegawai Psikologi
Puan Nur 'Aen Binti Abu Haniffah
Penolong Pegawai Psikologi [Kanan]
salam sejahtera, boleh kaunselor datang ke rumah saya untuk membuat sessi? ini kerana saya agak sebok uruskan rumah, saya perlu ke pasar dan memasak selepas itu.
ReplyDeleteSaya perlu kaunseling kerana saya kurang berpuas hati dengan suami saya. terima kasih.
Salam Sejahtera Puan,
ReplyDeleteUntuk pengetahuan pihak puan, mengikut etika kaunseling, sesi hanya boleh dijalankan secara formal di pejabat kaunselor. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu kaunselor boleh hadir ke rumah klien dengan kehadiran bersama Pegawai Pelindung, dimana klien memerlukan sokongan moral segera. Ianya berlaku sekiranya klien didera suami, kaum keluarga kemurungan akibat kematian keluarga terdekat atau sebagainya yg berkaitan dengan emosi yang tidak stabil.
Bagi kes seperti puan,saya boleh mencadangkan puan menjalani sesi kaunseling secara Tele-Kaunseling iaitu melalui telefon atau melalui email.
Puan boleh menghubungi Kaunselor PKMD Petaling pada waktu pejabat ni nombor 03-7842 2584 atau email terus kepada Unit Kaunseling PKMD Petaling di kaunselingpetaling@yahoo.co.uk
Sekian Terima Kasih
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, saya ada masalah perkahwinan dan rasanya suah tidak dapat menanggung ebban masalah ini. Saya perlu kaunseling dan berharap ia dapat menyelesaikan masalah saya. Masalahnya, suami saya enggan hadir sessi kaunseling kerana mengatakan saya adalah punca masalah dan bukannya dia...saya pula berpendapat dia juga menyumbang kepada masalah perkahwinan kami. Bagaimana? Adakah saya patut hadir sessi tanpa suami?
ReplyDeleteSalam sejahtera Puan,
ReplyDeleteYa, Puan boleh hadir bersendirian di atas pilihan Puan untuk menjalani sesi kaunseling tanpa kehadiran suami.
Pihak Unit Kaunseling dan Psikologi PKMD Petaling sentiasa bersedia membantu Puan. Semoga Puan berada dalam keadaan sihat ya.
Sekian, terima kasih.