Social Icons

Wednesday 18 April 2012

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM (PHSDS)

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM

Pasukan Pelindung kanak-Kanak (PPKK) Daerah Petaling dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling serta Unit Kaunseling dan Psikologi yang telah diadakan pada :
Tarikh : 17 April 2012 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh,
Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara,
Petaling Jaya.



Program ini merupakan satu majlis pengisian dan perkongsian ilmu bagi menyeimbangkan dinamika kefungsian keluarga dalam membantu golongan remaja dalam berhadapan permasalahan sosial dengan pelbagai cabaran dari sudut mental dan fizikal. Mengharapkan dengan adanya program ini mampu memberi impak yang positif kepada peserta untuk mencapai kecemerlangan dan memperkukuhkan lagi ukhwah.




Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan, ice breaking dan pembahagian kumpulan dimana sesi Ta'ruf oleh Fasilitator yang terlibat.









Aktiviti luar iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dilakukan dan dibimbing oleh Fasilitator setiap kumpulan dimana motif Modul Muka Kertas dilaksanakan bagi melihat refleksi kehidupan seharian, manusia kerap melihat kesalahan orang lain sehingga terlupa tentang kesalahan diri.








Aktiviti Modul Repair Hati yang bertujuan mendalami kegemaran muda-mudi samada sealiran dengan kehendak ibubapa.










Akitiviti Warna minda untuk melihat refleksi keseluruhan aktiviti peserta melalui terapi lukisan dimana Kaunselor yang bertauliah akan membuat penilaian dan gambaran perasaan yang dilalui oleh peserta untuk diterjemahkan ke dalam sesi kaunseling untuk penerokaan.





Perasmian Program Hadapi Susah Dengan Senang (PHSDS) untuk Siri 1/2012 yang dilakukan oleh En. Nor Armizi Bin Ariffin, selaku Penyelaras Bahagian Kanak-kanak JKMN Selangor menandakan tamatnya program bagi siri 1/2012 yang diadakan.

3 comments:

  1. Sekalung tahniah dan terima kasih di atas penglibatan kepada JK PPKK daerah Petaling, J/K Penganjur, Ketua Fasilitator iaitu En. Syubaili dan En. Hanafi, para Fasilitator, para peserta dan Encik Armizi sebagai perasmi majlis...

    ReplyDelete
  2. dan tidak lups, terima kasih juga kepada jurugambar dan mr. admin (blog dan FB PKMD petaling)...well done

    ReplyDelete
  3. TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN PUAN.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates