Social Icons

Friday 20 April 2012

Program Wacana Ilmiah Siri 4 (WI12)

Tajuk : 
"Wanita Sangat Istimewa, Justeru Jangan Disia-siakan"

Bersama :
Ustazah Syarifah Fatimah Al-Yahya 

Tarikh :
20 April 2012
Jam :
0900 pagi- 1000 pagi
Tempat :
PKMD Petaling 

Di antara isi penting yang disampaikan oleh Ustazah Syarifah Fatimah Al-Yahya :


Wanita mudah masuk syurga. Masa ni, geng Adam PKMD Petaling dah menunduk muka. Depa cemburu kot. Geng wanita la ni, bukan main ceria lagi. Tu baru sikit mukadimah Ustazah. Kita teruskan lagi na 



Lelaki kena lagi. Ustazah kata, wanita bila tiba hari Jumaat terkenal dengan ungkapan : “senyum, salon, shopping. Tetapi istimewanya wanita, para ibu di PKMD Petaling mereka dikenali Jumaat ini dengan pecinta majlis ilmu..”

Hari ini perlu ada rasa cinta terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم untuk kita menghidupkan perasaan kita yang dinamakan cinta. Wanita mudah sangat masuk syurga disebabkan kurangnya tanggungjawab berbanding kaum lelaki. Ustazah Fatimah tuurt menaqalkan hadith :

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan (bulan Ramadhan), memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk ke syurga”. [Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a]

Ustazah juga menyentuh dahsyatnya kepada pelaku maksiat yakni orang yang tidak solat. Tetapi, Ustazah Fatimah mengingatkan bahawa Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم tidak sesekali menderhakakan umatnya iaitu menghukum sesat, masuk neraka sebagaiamana yang dilakukan oleh manusia hari ini yang sewenang-wenangnya mencela pelaku maksiat. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, bahkan meminta kita terus istiqomah mendoakan mereka agar kembali kepada ALLAH سبحانه وتعالى .

Ustazah Fatimah menceritakan kisah sepasang suami isteri yang sekian lama menanti dikurniakan cahaya mata, namun masih tidak mereka direzekikan untuk miliki. Akhirnya mereka berdua bersetuju bernazar, sekiranya mereka dikurniakan zuriat, mereka akan meminum air kencing anjing hitam. Maka, ditakdirkan mereka dikurniakan cahaya mata. Disebabkan nazar adalah perkara ibadah yang wajib dikerjakan, maka diperolehilah air kencing anjing hitam. Walaubagaimanapun, naluri fitrah suci tidak menginginkan mereka sanggup meminumnya. Maka, ditemuilah mereka seorang ulama lagi wara’ dan ditanyakan bagaimana permasalahan ini. Lalu, berkatalah ulama tersebut : “pergilah kamu berdua minum dari titisan air hujan dari rumah sipolan, kerana si polan seorang Muslim yang tidak mengerjakan solat”. ALLAH….. Rupanya seberat itu natijah tidak mengerjakan solat. Semoga kita, suami, isteri, anak-anak juga seluruh umat Muslim tidak tergolong dalam kemungkaran ini.

Dunia ini adalah perhiasan sahaja. Semalam, hari ini dan esok, manusia terus lahir dan mati. Bangunan yang gagah runtuh menyembah bumi. Kereta termahal dan terhebat, apabila kemalangan tetap remuk dan pemandunya turut mati. Apakah lagi bukti yang meyakinkan para pencinta dunia bahawa keduniaan ini adalah kekal buat mereka.

ALLAH سبحانه وتعالى letakkan wanita ditempat tertinggi. Bidadari syurga yang mana suaminya ialah seorang lelaki yang sholeh di bumi. Ya, lelaki sholeh di bumi….
Wanita, jangalah bermuram durja, ada caranya bagaimana kalian mahu mendapatkan tempat kedudukan si bidadari. Iaitu dengan menjadi wanita sholehah, anda bukan ashaja memperolehi tempat sebagai seorang bidadari, bahkan menjadi ketua kepada seluruh bidadari. ALLAH…. Masa ni, geng lelaki PKMD Petaling tunduk, kecewa ka atau gembira. Tepuk dahi Tanya mereka Gurau no…


Jangan kita bercita-cita akan kasih manusia, kerana manusia akan mengasihi kita dengan bermuka-muka. Kasihilah ALLAH yang sungguh mengasihi kita. Katakan dengan yakin… “Pimpinlah aku Ya ALLLAH…………”

Wahai isteri solehah, apabila suamimu memandangmu, maka dia akan melihat kebaikan dan teringat dia akan ALLAH.


Lazimkan doa diberi cinta dan dikurniakan cinta :


اللهم أعنّي على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك


Maksudnya :

“Ya ALLAH, bantulah aku dalam mengingatiMU, bantulah aku dalam bersyukur kepadaMU, dan bantulah aku Ya ALLAH dalm ketaatan terhadapMU..”

4 comments:

  1. Alhamdulillah..saya bersyukur dan berbangga dilahirkan sebagai seorang wanita....

    ReplyDelete
  2. banyak tips yang ringkas dan mudah untuk diamalkan bagi meningkatkan kualiti iman..yang paling senang untuk dilakukan ialah baca al-Qur'an setiap hari walau satu ayat..teringat kata ustazah "alif lamm mim"...sodaqollahulazim

    ReplyDelete
  3. banyak nya program motivasi agama di petaling. bagus la macam ni. baru selari dunia dan akhirat.bertuahla staff. patot jadi cntoh tuk semua

    ReplyDelete
  4. TQ...KAMI DI PKMD PETALING MEMANG RASA BERTUAH...KADANG2 RASA SENGSARA JUGA..HEHE

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates