Social Icons

Friday 13 April 2012

Rakyat Malaysia Diancam Setiap 35 Minit

Berdasarkan fakta Pusat Perlindungan Malware Microsoft, dalam tempoh setiap 10 minit seorang penduduk dunia diancam jenayah siber.

Di Malaysia pula, tempoh itu menurun sedikit kepada 35 minit. Bagaimanapun, melihat kepada trend semasa dan pergantungan besar rakyat terhadap teknologi maklumat tidak mustahil angka tersebut akan meningkat tidak lama lagi.

Lebih-lebih lagi jika melihat kepada jumlah insiden jenayah siber dari 2009 hingga 2011 yang meningkat mendadak sebanyak 327 peratus kepada 15,218 kes pada tahun lalu berbanding 3,564 kes pada 2009.

Berdasarkan insiden yang dilaporkan, ancaman siber kian menular di kalngan pengguna tidak kira yang menggunakan komputer peribadi, komputer awam, telefon pintar atau komputer tablet. Data tersebut diperolehi melalui laporan orang ramai kepada Cyber999 yang menjadi pusat bantuan kepada mereka yang mempunyai masalah dan aduan yang melibatkan internet.

Selain langkah kawalan segera, perubahan dalam budaya penggunaan internet serta kesedaran pengguna amat penting bagi memastikan angka tersebut tidak terus meningkat.

...........................................................
Petikan : Utusan Malaysia - 10 April

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates