Social Icons

Friday 10 May 2013

Anak Taksah Taraf Dalam Islam

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para fuqaha' bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil penzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).

Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan.
(Riwayat al-Bukhari)

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, istilah anak taksah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama, peruntukan undang-undang menyatakan :

" tak sah taraf" berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah.

Menurut Fatwa Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syara' di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 april 2005, definisi berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara', ialah :
  1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau  melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara';
  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu 'Imkan ad Dukhul' dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah;
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu 'Imkan ad Dukhul' selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 menyatakan bahawa anak tak sah taraf ialah :
  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;
  2. Anak dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.
........................................................
Bah. Undang-Undang Keluarga (BUUK)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

4 comments:

  1. JKM Petalin, adakah anak luar nikah boleh didaftarkan kelahirannya? Saya konpius sebab anak itu tiada ayah, terima kaseh

    ReplyDelete
  2. semua bayi yang dilahirkan di Malaysia mesti didaftarkan Sijil Kelahirannya termasuk bagi anak luar nikah. Di ruangan bapa kandung, Jab.Pendaftaran Negara (JPN) akan meletakkan 'tiada maklumat' hanya maklumat ibu kandung sahaja.

    ReplyDelete
  3. Bermakna jika mereka berkahwin diantara 1-5 bulan setelah disahkan hamil,anak itu boleh dibintikan bapanya kan?kenapa sesetengah page mengatakan anak itu terus mendukung title tidak sah taraf walapun berkahwin beberapa minggu selepas disahkan hamil?mohon pencerahan, terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini melibatkan Jabatan Agama Islam dan juga Jabatan Pendaftaran Negara. secara umumnya, semua kanak-kanak yang lahir di Malaysia mestilah didaftarkan kelahirannya sama ada bayi itu sah atau tidak sah taraf.

      Untuk pencerahan, mohon Puan merujuk kepada page berkenaan dan juga mereka yang bertauliah.

      Delete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates