Social Icons

Monday 27 May 2013

Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Ke Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP) Bangi Sesi 2014

Bagi pengambilan pelajar baru sesi 2014, Pengurusan PLPP Bangi merancang untuk menjalankan temuduga kemasukan pada bulan Oktober 2013.

Syarat-syarat Kelayakan :
Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
  1. Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Berumur antara 18-40 Tahun
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira
  5. Boleh mengurus diri sendiri
  6. Boleh dilatih
  7. Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Cara-cara Permohonan :
Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
  1. Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
  2. Borang Pengesahan Kesihatan
  3. Borang Penyiasatan (JKM 17)
  4. Borang Persetujuan Ibubapa
  5. Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, 
Sila berhubung terus dengan pihak kami ditalian :

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab, 
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988

Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584/ 2587

18 comments:

  1. bila tarikh kemasukan ye? sbb sy telahterpilih ke ilpp ni. nak tnggu surat lambat sbb sy nk book ticket. harap dapat jawapan secepat yg mungkin.

    ReplyDelete
  2. bila tarikh kemasukan ye? sbb sy telahterpilih ke ilpp ni. nak tnggu surat lambat sbb sy nk book ticket. harap dapat jawapan secepat yg mungkin.

    ReplyDelete
  3. Cik dzafiira zainal, tahniah kerana telah terpilih sebagai pelatih PLPP.
    Anda boleh terus menghubungi PLPP Bangi di talian 03-8926 1996 bagi pertanyaan lanjut memandangkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tidak dimaklumkan sebarang tarikh kemasukan setakat ini.
    Kami akan menghubungi tuan/puan sekiranya diminta berbuat demikian oleh pihak PLPP. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam nak tanya kalau maslah pendengaran tetapi memakai alat , kalau tak guna alat pendengaran boleh membaca, mengira dan menulis , layak ke ,untuk mengikuti kursus melukis dan membatik.

    ReplyDelete
  5. Wslm, Lilin untuk permohonan kemasukan ke PLPP bangi, pemohon mestilah seorang OKU Fizikal sahaja dan berdaftar dengan JKM.

    ReplyDelete
  6. salam..berapa lama tempoh pembelajaran untuk kursus Prostetik dan Ortotik.
    saya sangat berminat untuk menyertai kursus ini.. boleh emailkan maklumat lengkap mengenai kursus ini ke putera87_raw@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. MUSLIM PRODUCT MALAYSIA,

    Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus yang ditawarkan, tuan boleh berhubung terus dengan pihak PLPP Bangi atau membuat permohonan dengan merujuk di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan tempat tinggal tuan,

    http://jkmpetaling.blogspot.com/2013/01/peluang-mengikuti-latihan-vokasional.html

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum saya nak tanya. kalau adik saya reti mengurus diri tetapi tidak boleh menulis. layak ke dia masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Kemungkinan adik tuan boleh dipertimbangkan ke Institusi tersebut walaubagaimanapun tuan boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dengan tempat tuan dan dapatkan maklumat lanjut dengan Pegawai yang berkenaan.

      Delete
  9. Selamat petang. nama saya Theebanraj a/l Vejain.no.k/p 940621-10-6677.saya seorang Kategori Ketidakupayaan FIZIKAL no. pendaftaran PH 100813000112. 1 december yang lalu saya ada dateng ke plpp di bangi. Di sana saya sudah temuduga oleh pegawai di sana. tetapi saya masih tidak dapat apa-apa jawapan daripada pusat pemulihan berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan keputusaan temuduga, tuan boleh berhubung terus dengan pihak PLPP Bangi :

      Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
      Jalan Sungai Merab,
      4300 Kajang, Selangor.
      Tel : 03-8926 1996
      Faks : 03-8926 1988

      Delete
  10. salam..macam mana saya boleh dapatkan borang untuk memasuki PLPP Bangi?

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Ingin bertanya, jika pemohon adalah OKU fizikal (masih bawah rawatan hospital) layakkah untuk dia memohon?

    ReplyDelete
  12. Tuan/Puan, sy daripada Sabah. Bagi pihak sy,ahli keluarga ada merujuk ke pejabat JKM daerah tempat sy tinggal berkenaan cara untuk memohon menjadi pelatih ke Plpp bangi, difahamkan pihak Jkm tersebut hanya minta sy membuat&menghantar resume shj(tanpa borang)kepada mereka dan pihak mereka pula akan menghantar permohonan sy melalui resume itu sahaja. benarkah prosuder itu Tuan/Puan?

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum boleh saya ingin tahu kalau tidak mempunyai spm hanya mempunyai sijil pmr layak tak diterima masuk plpp?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Saya nak tanya sikit ni. Boleh diterima masuk ke kalau pelajar itu hanya mempunyai pt3?

    ReplyDelete
  15. Saya sudah jalani interview plpp, tapi macam mana nak tahu keputusan kemasukan plpp ini? Saya nak tahu kalau dapat atau tidak.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates