Social Icons

Wednesday 29 May 2013

Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kali Ke-39 Tahun 2013


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid pada 24 hingga 28 Ogos 2013 bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, Tilawah Al-Quran dan Nasyid di peringkat JKMN Selangor dijangka akan diadakan pada 2 atau 3 Julai 2013.

Peraturan Dan Syarat-Syarat :

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
Kategori yang dipertandingkan :
  1. Kategori Kanak-kanak Lelaki 12 Tahun ke bawah (Terbuka)
  2. Kategori Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun ke bawah (Terbuka)
  3. Kategori Kanak-kanak Lelaki 13 hingga 18 Tahun (Terbuka)
  4. Kategori Kanak-kanak Perempuan 13 hingga 18 Tahun (Terbuka)
  5. Kategori Lelaki 18 Tahun ke atas (Terbuka)
  6. Kategori Perempuan 18 Tahun ke atas (Terbuka)
  7. Kategori Lelaki OKU Penglihatan (Terbuka)
  8. Kategori Perempuan OKU Penglihatan (Terbuka)
Syarat-Syarat Pertandingan :
  • Penyertaan Terbuka kepada semua penerima bantuan bulanan, penghuni/pelatih institusi dan kakitangan jabatan mengikut kategori yang ditetapkan. Bagi penghuni/pelatih hendaklah dari institusi di Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya dan Institusi Negeri yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
  • Penghuni/ pelatih dari Pertubuhan Sukarela Yang Menerima Geran Tahunan Tidak Dibenarkan Menyertai Pertandingan Ini.
  • Bagi kategori (1) hingga (4) terbuka kepada semua penghuni/pelatih di institusi kanak-kanak dibawah selian jabatan dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) berumur bawah 18 tahun.
  • Bagi kategori (5) dan (6) penyertaan terbuka kepada semua kakitangan jabatan, penghuni/pelatih institusi dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) berumur 18 tahun ke atas.
  • Kategori (7) dan (8) penyertaan terbuka kepada semua kakitangan penghuni/pelatih dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) OKU Penglihatan tiada had umur.
  • Semua peserta klien jabatan (penerima bantuan bulanan) tempoh tidak kurang daripada 6 bulan menerima bantuan semasa menjadi peserta.
  • Terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat dengan JKM sahaja. Bagi kakitangan kontrak dan sambilan, hendak tempoh perkhidmatan 6 bulan pada tarikh pertandingan (kenyataan perkhidmatan disertakan).
Bahagian Ayat-Ayat :
  1. Surah Al-Imran - Ayat 14 - Juzu' 3 - Muka Surat 51
  2. Surah Al-Isra' - Ayat 89 - Juzu' 15 - Muka Surat 291
  3. Surah Al-Mu'minum - Ayat 21 - Juzu' 18 - Muka Surat 343
  4. Surah Al-Maaidah - Ayat 27 - Juzu' 6 - Muka Surat 112
  5. Surah Al-An Am - Ayat 59 - Juzu' 7 - Muka Surat 134
  6. Surah Al-Hasyr - Ayat 11 - Juzu' 28 - Muka Surat 547
  7. Surah Al-Maaidah - Ayat 77 - Juzu' 6 - Muka Surat 121
  8. Surah Al-Toha - Ayat 48 - Juzu' 16 - Muka Surat 314
  9. Surah Yunus - Ayat 44 - Juzu' 11 - Muka Surat 214
  10. Surah Al-Hasyr - Ayat 1 - Juzu' 28 - Muka Surat 545
  11. Surah Al-Imran - Ayat 156 - Juzu' 4 - Muka Surat 70
  12. Surah Yunus - Ayat 43 - Juzu' 12 - Muka Surat 240
  13. Surah Al-Ahzab - Ayat 21 - Juzu' 21 - Muka Surat 420
  14. Surah Al-Saba - Ayat 34 - Juzu' 22 - Muka Surat 432
  15. Surah Shaad - Ayat 26 - Juzu' 23 - Muka Surat 454
PERTANDINGAN NASYID


A). Penyertaan Pertandingan Nasyid
  1. Terbahagi kepada 2 kategori :
    1. Kakitangan Jabatan
    2. Institusi Jabatan
  2. Terbuka kepada penghuni/pelatih di semua institusi seliaan jabatan & kakitangan JKM Negeri berkaitan. Bagi kakitangan kontrak dibenarkan tidak melebihi 3 orang.
  3. Setiap institusi dibenarkan menghantar 2 kumpulan nasyid mengikut kategori.
  4. Setiap kumpulan nasyid tidak melebihi 15 peserta & tidak kurang 10 orang mengikut jantina atau campuran dengan syarat hendaklah berdiri atau duduk mengikut jantina.
B). Tema Nasyid
  1. Tema "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" atau semaksud dengannya.
  2. Setiap kumpulan dikehendaki persembahkan 1 lagu sahaja dalan bahasa malaysia tidak melebihi 8 minit. Masa termasuk selingan (intro muzik, sajak, puisi, marhaban, zikir, doa & sebagainya).
C). Bahasa Lagu Nasyid
  1. Setiap kategori nasyid dipersembahkan 1 lagu sahaja dalam Bahasa Malaysia (boleh diselangi bahasa lain, dialek daerah atau loghat asal tidak mencacatkan makna lirik asal).
  2. Setiap Kategori dinasihatkan menyedia sebuah 1 lagi lagu sebagai simpanan sekiranya Hakim mendapati senikata lagu itu tidak sesuai, lagu kedua boleh dipersembahkan.
D). Lirik dan Lagu Nasyid
  1. Lirik hendaklah ciptaan sendiri.
  2. Pita rakaman atau CD persembahan hendaklah dihantar kepada Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKMN selangor selewatnya sebelum atau pada 17 Jun 2013.
E). Penggunaan Irama dan Muzik Nasyid
  1. Dipersembahkan dalam bentuk irama Kontemporari atau Tradisional.
  2. Persembahan muzik secara langsung & penggunaan "minus one" adalah dibenarkan.
  3. Penggunaan alat muzik bertali & tiupan tidak dibenarkan secara langsung melainkan dalam "minus one".

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates