Social Icons

Tuesday 21 May 2013

Permohonan Pendaftaran Taska

Cara Permohonan :

  1. Permohonan pendaftran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  2. Pengusaha TASKA di Rumah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk direkodkan.
  3. Garis Panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  4. Permohonan pendaftaran TASKA yang lengkap diproses dalam tempoh 21 hari.
  5. Bayaran pendaftaran RM50.00.
  6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my.
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak :
  • Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh JKM.
  • Permohonan untuk mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak boleh dibuat dengan melayari portal ezicare.
Tindakan Undang-Undang Yang Boleh Diambil Terhadap Taska :

Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti :
  • Didakwa di mahkamah dan boleh ;
    • didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
    • bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  • Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  • TASKA dilak (seal)
  • Pendaftaran TASKA dibatalkan
  • TASKA diarah tutup

2 comments:

  1. kenapa syarat pendaftaran taska wwajib ada cctv baru boleh daftar? kenapa tidak boleh diberi masa? ak semua pengusaha taska mempunyai modal yang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemasangan CCTV dijadikan salah satu syarat permohonan pendaftaran taska untuk memudahkan pengusaha membuat pemantauan ke atas kanak-kanak di taska memandangkan kes penderaan sering berlaku di taska, maka CCTV adalah salah satu alternatif membantu mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di taska. CCTV juga boleh dijadikan bahan bukti sekiranya ada aduan berkenaan pengurusan kanak-kanak taska.

      Mengenai kos pemasangan yang tinggi, puan boleh memasang mengikut kemampuan puan. Terdapat pelbagai model CCTV yang ditawarkan dengan harga berpatutan.

      Delete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates