Social Icons

Sunday 30 December 2012

Kemudahan/ Keistimewaan Pemegang Kad OKU

AKTA OKU 2008 :

Seksyen 25(1)
Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya.

Seksyen 25(1)
Kad OKU yang dikeluarkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai Orang Kurang Upaya dibawah Akta ini.
BANTUAN KEWANGAN :

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Tujuan :
  • Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Sebagai insentif untuk menggalakan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif; dan
  • Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya;
  • Bekerja sendiri atau dengan majikan;
  • Pendapatan bulanan pemohon dibawah RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
  • Berumur 16 tahun ke atas; dan
  • Tidak tinggal di Institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan minum dan pakaian percuma.
Kadar :
  • RM 300

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Admin..
    Saya ingin bertanya disini sy mempunyai seorang adik merupakan pemegang kad Penerima Bantuan Kebajikan (kecacatan fizikal sejak lahir) tetapi boleh bekerja Dan memandu serta seorang ibu ( IBU saya seorang IBU tunggal)juga memiliki kad yang sama sepwrti adik saya.
    Soalan saya adalah apa perbezaan kad ini dengan kad OKU yg admin tunjukkan..
    Sy agak pelik sebab kad yg mereka miliki tidak sepwrti yg admin tunjukkan..
    Jika sy ingin membawa ibu Dan adik kemana2 contoh ingin menggunakan manfaat serta kemudahan utk golongan OKU saya sering diminta menunjukkan kad OKU ini kerana hanya kad ITU sahaja yg adik Dan ibu miliki diberi oleh Pejabat Kebajikan Daerah...
    Harap dapat pencwrahan daripada admin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Untuk makluman puan, kad yang ditunjukkan adalah kad OKU yang terkini. Jika mempunyai kad selain daripada kad ini hendaklah memperbaharui kad tersebut di Pejabat Kebajikan Daerah yang berdekatan :

      Dokumen yang diperlukan :
      1. Salinan kad OKU lama
      2. Salinan IC
      3. 1 Keping gambar berukuran pasport

      Delete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates