Social Icons

Friday 28 December 2012

Pengangkatan Melalui Perintah Mahkamah

PROSEDUR PENGANGKATAN MELALUI MAHKAMAH

Kelayakan Kanak-kanak :
  1. Kanak-kanak di bawah umur 21 tahun, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Semenanjung Malaysia.
  2. Dalam jagaan ibubapa angkat sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan sebelum tarikh Perintah Pengangkatan.
  3. Kanak-kanak perempuan TIDAK BOLEH dianakangkatkan oleh bapa tunggal.
Kelayakan Pemohon :
  1. Salah seorang suami atau isteri berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
  2. Salah seorang suami atau isteri berumur 21 tahun ke atas jika pemohon adalah abang, kakak, ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu atau bapa kandung.
  3. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  4. Kedua-dua suami dan isteri bermastautin di Semenanjung Malaysia.
Borang/ Dokumen Yang Diperlukan :
  1. Pemohon perlu mendapatkan khidmat guaman bagi mendapatkan Perintah Pengangkatan daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen.
  2. Peguam yang dilantik perlu mengemukakan permohonan kepada JPN Ibu Pejabat, Putrajaya dengan dokumen-dokumen berikut :

a). Borang JPN.AA04 - Permohonan Perdaftaran Pengangkatan.
b). Perintah Pengangkatan daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen (asal).
c). Kad Pengenalan ibu bapa angkat (salinan).
d). Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
e). Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat (salinan).
f). Sijil Kelahiran anak-anak kandung (jika ada).
g). Sijil Anak Angkat yang lain (jika ada).
h). Surat Litup daripada mahkamah.

3.  Tiada bayaran yang dikenakan.


Sijil Anak Angkat :
  1. Akta 257 telah dipinda pada tahun 2001 bagi membolehkan pengeluaran Sijil Kelahiran JPN.AA05 dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 25A akta tersebut bagi menggantikan Sijil Kelahiran asal.
  2. Sijil Kelahiran JPN.AA05 tidak mencatatkan sebarang perkataan yang boleh menggambarkan kanak-kanak adalah anak angkat kerana kanak-kanak adalah dianggap seperti anak kandung.

3 comments:

  1. Slm..sy bujang..Asl Sarawak..
    Soalan nya: boleh kah sy nk mengambil anak angkat semenanjung?apakah prosudernya..
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman puan boleh memohon, permohonan boleh dibuat melalui online di website JKM : http://www.jkm.gov.my/paponline/index.php?menu=info atau melalui permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dan dokumen yang diperlukan :

      Salinan Kad Pengenalan Ibubapa pelihara
      Salinan Sijil Perkahwinan
      Slip Gaji Terkini
      Laporan Kesihatan Ibubapa Pelihara
      Gambar Ibubapa Pelihara Bersaiz Pasport (1 Set)

      Delete
  2. Salam,sya bru brkahwin,sya ada seorng anak dgn perkahwinan pertama,soalannya.boleh kah anak sya tukar binti kepada suami baru

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates