Social Icons

Monday 17 December 2012

Hidup Sebatang Kara Tiada Tempat Tinggal


Rujuk dengan Unit Warga Tua & Keluarga untuk Permohonan Sukarela ke Institusi.

Syarat Kemasukan :
  • Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
  • Tidak menghidap penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai sanak saudara.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
  • Berupaya menjaga diri sendiri.
  • Permohonan secara sukarela oleh individu berkenaan.
  • Sanggup mematuhi sayarat-syarat kemasukan dan kaedah-kaedah rumah kebajikan berkaitan.
Bagaimana Cara Ingin Memasuki Ke Institusi Kebajikan.
  • Sediakan dokumen - kad pengenalan dan dokumen sokongan yang lain jika ada.
  • Perbincangan bersama pegawai/ sesi kaunseling.
  • Isikan borang-borang yang diberikan oleh JKM dan dapatkan laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan.
  • Serahkan dokumen kepada pihak JKM untuk proses seterusnya.
  • Lawatan ke rumah atau tempat tinggal anda akan dilakukan bagi proses permohonan. 

4 comments:

  1. Dear jkm, saya lihat ada 3 rumah orang tua seluruh malaysia, ttp bilangan penduduk kita adalah berjumlah 28juta, adakah 3 buah rumah org tua memadai untuk membantumereka yang memerlukan? Mengapa tiada rumah sebegini di sabah serawak?

    ReplyDelete
  2. Rumah Seri Kenangan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang daif dan tiada waris yang boleh memberi jagaan kepada mereka. Selain JKM, terdapat banyak NGO dan pusat jagaan swasta yang memberi khidmat jagaan kepada warga tua.
    Pada masa ini JKM mempunyai 12 buah institusi seumpama ini di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Terima kasih di atas pertanyaan tuan.

    ReplyDelete
  3. wargatua yg sebatangkara dan mempunyai masalah strok bolehkah membuat permohonan di jkm?

    ReplyDelete
  4. Syarat-syarat utk kemasukan ke Institusi JKM mestilah melalui sesi temuduga atau perbincangan bersama pegawai berkaitan bagi memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan keadaan pemohon.

    Manakala untuk permohonan bantuan kewangan hendaklah golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor dan syarat-syarat yg ditetapkan dan kelulusan Bantuan adalah tertakluk juga kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut jenis bantuan yang akan dipertimbangkan.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates