Social Icons

Monday 3 December 2012

Mengapa Perlu Bantuan Kebajikan

Bantuan Kebajikan adalah bersifat sementara dan saraan hidup bagi membantu individu/keluarga dikalangan produktif dan tidak produktif yang tidak mampu dan berkeperluan sehingga dapat dipulihkan untuk hidup berdikari atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.

Tujuan bantuan kebajikan adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

KRITERIA KELAYAKAN AM

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 sebulan
  3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan:
·         bilangan anak/tanggungan serumah dan berasingan
·        tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga
·        sokongan dari ahli keluarga
·        keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga
·         faktor-faktor lain yang munasabah

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Bantuan Anak Pelihara
  3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  6. Bantuan Orang Tuan (BOT)
  7. Bantuan Am (BA)
  8. Bantuan Latihan Aprentis (BLA)
  9. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  10. Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh negara mengikut tempat tinggal pemohon. 

4 comments:

  1. Tabung binatang busa? apa yang dimaksudkan dengan binatang buas? macam-macamlah JKM ni

    ReplyDelete
  2. Tabung binatang buas bertujuan membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.

    Binatang buas ialah binatang yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

    Terima kasih atas pertanyaan.

    ReplyDelete
  3. cuma bertanya ada x senarai nama mereka yg diserang atau kepada siapa perlu sy dptkan maklumat tentang mangsa

    ReplyDelete
  4. En. Khairul Arie, setakat ini pihak kami belum mempunyai mangsa yang terlibat dengan serangan buas di daerah petaling.

    Untuk mengetahui mangsa di lain-lain daerah/negeri, En. khairul boleh terus berhubung dengan JKM negeri yang berkenaan melalui laman sesawang :

    http://www.jkm.gov.my/

    Terima kasih,

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates