Permohonan Azam Niaga hendaklah memenuhi kriteria atau syarat-syarat :
- Keutamaan kepada Klien yang menerima bantuan kewangan dari JKM.
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dari kategori OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang menjadi Klien JKM.
- Pemohon dan ahli isi rumah mestilah belum pernah menerima sebarang pakej 1AZAM samada di bawah Azam Tani, Azam Kerja, Azam Khidmat atau Azam Niaga pada tahun 2010 hingga 2012. Sekiranya telah menerima pakej adalah tidak layak memohon.
- Projek yang akan dijalankan boleh dilaksanakan oleh individu atau kelompok samada di luar atau di dalam institusi.
Borang permohonan juga boleh diambil mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal masing-masing.
Jika Pemohon itu Bukan Penerima Bantuan atau klien Jabatan, juga boleh terus memohon di :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No 55,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
MALAYSIA.
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2000
http://www.kpwkm.gov.my
Info x d terangkan dgn detail d page. Bukan semua mampu henfon mahal n pakai pc. Tp, terima kasih sbb buat site d blogspot, ringan n kemas :-)
ReplyDeleteEn. Khairul. terima kasih kerana melawat blog PKMD Petaling, 1AZAM adalah merupakan program oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat bertujuan membantu individu yang berkelayakan untuk memulakan atau memperkukuhkan perniagaan. Tujuan utamam adalah membantu golongan berkenaan untuk meningkatkan teraf ekonomi keluarga. Bantuan adalah dalam bentuk barang-barang perniagaan. sekian, terima aksih.
ReplyDeleteborang niaga blh dapat kat mana...
ReplyDeleteNoor Rieya, Untuk borang permohonan Azam Niaga puan boleh mengambil di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dgn tempat tinggal puan atau di JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW) yang berdekatan. Juga boleh muat turun di BLOG kami.
ReplyDeleteslm...macam mane sy nk minta bantuan niaga
ReplyDeletePermohonan Azam Niaga hendaklah memenuhi kriteria atau syarat-syarat :
Delete1. Keutamaan kepada Klien yang menerima bantuan kewangan dari JKM.
2. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dari kategori OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang menjadi Klien JKM.
3. Pemohon dan ahli isi rumah mestilah belum pernah menerima sebarang pakej 1AZAM samada di bawah Azam Tani, Azam Kerja, Azam Khidmat atau Azam Niaga pada tahun 2010 hingga 2012. Sekiranya telah menerima pakej adalah tidak layak memohon.
4. Projek yang akan dijalankan boleh dilaksanakan oleh individu atau kelompok samada di luar atau di dalam institusi.
Permohonan boleh dibuat melalu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal.
Macam saya usahawan musa berumur 21 tahun layak mohon azam niaga tak
ReplyDeleteBagi permohonan bantuan 1AZAM Niaga hanya dikhususkan untuk klien JKM sahaja.
DeleteSlm azam niaga ade xuntuk bantu org miskin bandar berniaga seperti memulakan perniagaan dll.
ReplyDeleteBgaimana klu permohononan untuk masyrakat bandar yg mempunyai pendapatan kecil dibawah rm,1500 cnthnya
ReplyDeletenk minta bantuan pun susah...basic suami br rm1430.. klu ot br lh dpt rm2000.. tu pun klu ada ot...kata sapa nk mula meniaga bleh dpt bantuan meniaga....tp bila mohon ckp x layak...macam mane tu....tgk org kaya² tu senang je dpt...
ReplyDeleteSaya nak memohon 1azam ni sbb saya tidak kerja dan suami kerja dispetch shj dgn pndapatan rm1300 sbulan.sy ada anak 2 orang.layak atau tidak sy memohon bantuan ini
ReplyDeleteUntuk permohonan puan mestilah berdaftar dengan eKasih? Jika belum sila ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di kawasan tuan/puan. Seandainya tuan/puan didapati tergolong dalam Miskin atau Miskin Tegar, tuan/puan boleh dipertimbangkan program 1Azam.
DeletePada masa yang sama puan boleh terus memohon atau terus menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal puan jika ada sebarang pertanyaan lanjut.
Apa website blog jpw
ReplyDeleteWebsite (JPW) http://www.jpw.gov.my/
Deletesalam...
ReplyDeletemaaf bertanya... adakah program 1 AZAM ini diteruskan pada tahun ini?.. saya call jabatan kebajikan . mereka memberitahu program ini tiada lagi. mohon beri pencerahan ?
Wslm, Program 1Azam (Azam Niaga)tahun ini tidak diteruskan kerana kuota penuh. Tahun ini fokus kepada penghantaran dan pemantauan sahaja.
Deletesalam, mohon pertanyaan, saya sebagai OKU ingin memulakan perniagaan kecil. Bagaimana hendak mendapatkan bantuan utk memulakan perniagaan. Dan apakah kretriria utk memohon bantuan tersebut.
ReplyDeleteDibawah skop JKM kita mempunyai permohonan geran pelancaran. Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut, encik boleh terus hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.
Deleteassalamualaikum..bagaimana nk mohon mesin jahit?dan di pahang kt mne pejabat jkm
ReplyDeleteWslm, puan boleh rujuk di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Deletesalam semua..jiran depan rumah saya kaya raya,,bukan miskin,,macamana die mohon boleh dapat,,lpas tu niaga macam tak jer..ikut mood,sebulan 3 hari...pihak pemantau tak pantau ker..bagi lah orang yg lebih perlu..macam lah pikir politik
ReplyDeleteUntuk permohonan puan mestilah berdaftar dengan eKasih? Jika belum sila ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di kawasan tuan/puan. Seandainya tuan/puan didapati tergolong dalam Miskin atau Miskin Tegar, tuan/puan boleh dipertimbangkan program 1Azam.
DeletePada masa yang sama puan boleh terus memohon atau terus menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal puan jika ada sebarang pertanyaan lanjut.
As salam.
ReplyDeleteHanya pemohon wanita sahaja ke yg layak mohon tuan ..minta pencerahan .
Kelayakan untuk memohon bantuan azam niaga ni ap ye tuan ..minta pencerahan
DeleteUntuk permohonan puan mestilah berdaftar dengan eKasih? Jika belum sila ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di kawasan tuan/puan. Seandainya tuan/puan didapati tergolong dalam Miskin atau Miskin Tegar, tuan/puan boleh dipertimbangkan program 1Azam.
DeletePada masa yang sama puan boleh terus memohon atau terus menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal puan jika ada sebarang pertanyaan lanjut.
hi salam, mcm mana sy nk dpt kan borang ini
ReplyDeleteSelamat Tgahari ,saya ingin bertanya.baru2 ini abang saya telah berhenti kerja atas alasan Company tempat dia bekerja telah berpindah ke tempat lain.Banyak tempat dia telah mohon kerja tetapi telah ditolak kerana faktor umur mencecah 50an tambahan pula kedua2 pergelangan tangan dia dah patah.dan keadaan ini menyukarkan dia membuat kerja berat.Dia mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah.Isteri abang saya menghidapi penyakit kencing manis.Sekarang abang saya balik kampung,membuat kerja kampung seperti menyala ikan.Soalan saya sekarang dimanakah dan bagaimana kah saya dapat membantu abang saya menjana pendapatan mereka sekeluarga melalui 1Azam.dapat kah Pihak Tuan/Puan memberi tunjuk ajar kepada saya.Abang saya tidak tahu apa2 bantuan yang diberi oleh kerajaan yang sepatutnya dia boleh mohon.Jadi saya terpaksa tampil ke depan memohon bagi pihak abang saya.Terima kasih Tuan/Puan
ReplyDelete