Wednesday, 26 June 2013

Permohonan Insentif Taska


GARIS PANDUAN

1. Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
Pemberian Subsidi merupakan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Objektif utama adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos yuran pengasuhan anak serta meningkatkan enrolmen kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA.

2. Pemberian Geran Permulaan Taska
Objektif utama adalah untuk menyediakan satu sistem sokongan sosial yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat alternatif pengasuhan dan didikan awal di TASKA yang berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Juga bertujuan menggalakkan lebih banyak penubuhan TASKA baru dan penyertaan (enrolmen) kanak-kanak di TASKA yang berdaftar dengan JKM.

Maklumat lanjut berkenaan Insentif ini, boleh merujuk dan untuk sebarang semakan di laman sesawang : http://www.jkm.gov.my


Rujukan web JKM

8 comments:

Anonymous said...

Boleh kah di isi secara online untuk Permohonan Insentif TASKA

Unit Taska PKMD Petaling said...

Permohonan Insentif Taska tidak boleh dibuat secara online.
Borang permohonan Insentif boleh diperolehi melalui web jkm.gov.my dan dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM atau melalui emel insentif_TASKA@jkm.gov.my.

Anonymous said...

BIla permohonan akan dibuka lagi? akan dibuka setiap tahun?


Jkm Petaling said...

Permohonan bagi tahun 2013 telah ditutup pada 31 Oktober, 2013 dan bagi permohonan untuk tahun 2014, tiada pengumuman mengenainya telah dibuat. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai permohonan ini.

+kasih+ said...

Mengenai subsidi yuran taska Rm180 kepada isi rumah diantara RM3000-RM5000, permohonan perlu dibuat dimana ya?

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling said...

Tuan/Puan +kasih+,

Permohonan untuk Subsidi Yuran Pengasuhan Taska boleh dibuat melalui Pengusaha Taska yang telah mendaftarkan Taska berkenaan dengan JKM.
Pengusaha Taska akan mengemukakan permohonan tuan/puan dengan melengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan ke Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

!! oldcoinscollection !! said...

kalau permohonan kita tak layak mcm mane ?
bole buat rayuan ke ?

Jkm Petaling said...

!! oldcoinscollection !!,

Pemohonan yang layak sahaja akan dipertimbangkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaaan mengenai permohonan, anda boleh dibuat terus menghubungi Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Permohonan bagi tahun 2013 telah ditutup pada 31 Oktober, 2013 dan bagi permohonan untuk tahun 2014, tiada pengumuman mengenainya telah dibuat. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai permohonan ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : +603-8323 1000
Faks : +603-8323 2045

Post a Comment

Mengenai Kami