Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan /sokongan (assitive Device) seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU.
Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.
Dokumen Yang Diperlukan :
- Salinan kad pengenalan dan kad pengenalan isi rumah (tinggal bersama).
- Salinan kad OKU
- Surat sokongan /syok dari Pegawai Perubatan /Doktor.
- Sebutharga alat dari Syarikat Pembekal (minima 3).
- Slip gaji (jika bekerja) atau slip gaji ibubapa /penjaga.
- Lain-lain dokumen sokongan yang difikirkan perlu.
Senarai nama Syarikat Pembekal Alat Tiruan Atau Sokongan untuk sebutharga.
Tuan admin, senarai hanya ada 9 pembekal sahaja? Adakah pembekal yang ada dalam senarai ini memang dicadangkan oleh pihak tuan? Saya cadangkan agar senarai ditambah memandangkan pilihan agak terhad. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat blog PKMD Petaling, pihak kami akan cuba menambah senarai pembekal dr masa ke semasa utk kemudahan klien.
ReplyDeleteSenarai ini adalah panduan semata-mata bagi klien yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang pembekal alat tiruan/sokongan.
Pada asasnya setiap klien boleh mendapatkan sebutharga drpd mana-mana pembekal kerana pihak jabatan tiada sebarang kepentingan terhadap mana-mana pembekal. Sekian dimaklumkan.