Majlis ini telah disampaikan oleh PKMD Petaling, Pn. Sunarni Bt Mastury kepada klien jabatan terpilih yang diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling pada 22 Feb 2012.
Wednesday, 29 February 2012
MAJLIS PENYAMPAIAN BASIKAL & BEG SEKOLAH PARLIMEN SUBANG
Majlis Penyampaian ini telah diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling pada 22 Feb 2012 yang disampaikan oleh Pn. Jamaeah Bt Abdul Ghani kepada klien jabatan yang terpilih.
Tuesday, 28 February 2012
Adab Memuliakan Ulama
Berkata Habib Amri Azmatkhan [anak murid Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdlullah Al-Banjari Al-Makki] di Masjid Negeri Shah Alam pada 11022012:
Firman ALLAH SWT :
"Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman."
[Surah al-Hijr: Ayat 88]
Dia antara kesalahan adab murid terhadap Syeikh mereka :
1-Hari ini kita memperlakukan para masayaikh bagaikan rakan-rakan kita.
2-Kita silangkan kaki di hadapan mereka.
3-Melihat-lihat jam bagaikan berkata "..sudahlah Syeikh, dah lewat ni.."
4-Bersandar
5-Berbual, walaupun berbisik, kira-kira, apa perasaan kita ketika mana kita sedang bercakap, orang lain turut bercakap...
6-Kita menjadi wali dihadapan orang ramai, tetapi menjadi musuh dihadapan ALLAH سبحانه وتعالى .
7-Ber "sms"
8-Firman ALLAH سبحانه وتعالى yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang beriman sama ada lelaki atau perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
[Surah al-Ahzab: Ayat 58].
Labels:
Hub Ilmiah
Sunday, 26 February 2012
Penjagaan Kesihatan
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan seperti :
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Labels:
Sharing Is Caring
KENALI DIRIKU – Kurang Upaya Penglihatan
Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)
Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).
Labels:
Bahagian OKU
Friday, 24 February 2012
MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA RUMAH KANAK-KANAK REMBAU NEGERI SEMBILAN
Rumah Kanak-Kanak Rembau Negeri Sembilan yang telah ditangguhkan kemasukan kanak-kanak, telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa dari tarikh surat JKMM - JKMM(KK)/500/06/68/1 Jld 2(45) bertarikh 17 Feb 2012.
Sehubungan dengan itu, kemasukan baru kanak-kanak yang memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan dibawak Akta Kanak-Kanak 2001 adalah seperti kategori umur yang telah ditetapkan. RKK Rembau juga akan menerima kemasukan Perintah Sementara kanak-kanak lelaki dan perempuan (bagi kanak-kanak lelaki dibawah umur 5 tahun sahaja).
Labels:
Bahagian Kanak-Kanak
JEMPUTAN PERTANDINGAN BADMINTON TERBUKA JPS SELANGOR
Dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling akan menganjurkan Pertandingan Badminton Terbuka yang akan diadakan pada :
Tarikh :
10 Mac 2012 (Sabtu) hingga 11 Mac 2012
Bertempat di :
Dewan SUK Shah Alam, Selangor
Labels:
Hub Sukan Dan Rekreasi
Thursday, 23 February 2012
KENALI DIRIKU – Masalah Pembelajaran
Definisi
PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang
tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori
ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual.
Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran
individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti
(dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).
PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,
ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang
mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok.
Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan
oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam
panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan
seperti meningitis.
Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada
masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak
menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau
kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah
pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.
Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang
kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh
menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran
memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor
persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.
Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang
tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan
bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi
boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima
pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang
dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua
pelajar bermasalah pembelajaran.
.............................................................................
Sumber: Garispanduan Pendaftaran OKU, JKM
dan PDKNet
Labels:
Bahagian OKU
Wednesday, 22 February 2012
PUSAT KHIDMAT CURE & CARE
PUSAT KHIDMAT CURE & CARE
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
(PKCC)
PENGENALAN :
Pusat Khidmat Cure & Care adalah Pusat Aktiviti Harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.
TUJUAN :
- Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.
- Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.
- Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
- Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan 'caring'.
- Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.
PAKEJ PEMULIHAN YANG DISEDIAKAN :
- Jagaan Harian (Day Care)
- Residen (Residential Drug Treatment Programme)
- Pesakit Luar
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
- Kaunseling dan Bimbingan
- Kelompok Sokong Bantu
- Pencegahan Relapse
- Kemahiran Hidup
- Kemudahan Sukan & Riadah
- Khidmat Masyarakat
- Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan Methadone
- Rujukan dan Advokasi
SIAPA PELANGGAN KAMI :
- Pengguna Dadah
- Penagih Dadah
- Majikan/ Pekerja
- Keluarga
- Pelajar
- Atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dadah
MENGAPA PERLU KE PUSAT KHIDMAT CURE & CARE ? :
- Identiti anda dirahsiakan
- Perkhidmatan secara terbuka
- Sukarela
- Tidak melibatkan tindakan undang-undang
- Boleh memilih pakej perkhidmatan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
- Bilik Kuliah
- Bilik Kaunseling
- Surau
- Asrama (20 Katil)
- Kemudahan Sukan
Kepada mereka yang menghadapi sebarang masalah yang berkaitan
dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan di Pusat Khidmat Cure & Care yang terletak di :
CURE & CARE SERVICE CENTRE
NO.6, JLN 21/1 SEAPARK
46200 PETALING JAYA
SELANGOR
Juga Boleh Dihubungi :
Tel : 03-7957 5534/ 03-7957 6034
Fax : 03-7957 6396
MAJLIS PENYAMPAIAN BASIKAL & BEG SEKOLAH PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN
Majlis Penyampaian Basikal & Beg Sekoalah ini disampaikan oleh Ybhg. Dato' Raja Hanifudin bin Raja Nong Chik yang telah berlansung :
Pada :
16 Feb 2012 (Khamis) 3.00ptg
Bertempat di :
Dewan MBPJ PJS 2C/6,
Taman Dato Haron,
Petaling Jaya, Selangor.
KENALI DIRIKU – Kurang Upaya Pendengaran
Definisi
Kurang
Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas dikedua-dua
telinga tanpa menggunalan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar
langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang upaya pendengaran boleh dibahagi
kepada empat tahap iaitu :
Minimum 15
- <30dB (kanak-kanak)
20
- <30dB (orang dewasa)
Sederhana 30
- <60dB
Teruk (severe) 60 - <90dB
Sangat teruk (profound) >90dB
.......................................................................
.......................................................................
Sumber: Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya, JKM
Labels:
Bahagian OKU
Tuesday, 21 February 2012
MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BADRIAH CHERAS KUALA LUMPUR
Melalui surat daripada JKMNS bernombor rujukan JKMN.Sel.KK500/02/1 Jld 16(36) bertarikh Feb 2012. Rumah Kanak-Kanak Tengku Badriah, Cheras yang telah ditangguhkan kemasukan kanak-kanak telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa dari tarikh surat JKMM (KK)/500/06/01/1 Jld 10(51) iaitu 08 Feb 2012.
Sehubungan dengan itu, kemasukan baru kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan & perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 adalah seperti kategori umur yang telah ditetapkan.
Labels:
Bahagian Kanak-Kanak
Monday, 20 February 2012
KENALI DIRIKU - Kurang Upaya Fizikal
Definisi
Ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.
- Limb defects(conginetal/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan
- Spinal Cord Injury
- Stroke
- Traumatic Brain Injury
- Kerdil (Achondroplasia) iaitu <=142cm bagi lelaki dan <=138cm bagi wanita
- Cerebral Palsy
.........................................................................................
Sumber: Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya, JKM
Labels:
Bahagian OKU
Sunday, 19 February 2012
KEMPEN HIDUPKAN SUNNAH NABI
Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi).
AYUH KITA BANYAKKAN SENYUMAN DENGAN NIAT MENGIKUT SUNNAH NABI SAW.
......................................
Perkongsian : Pn. Roziah
Labels:
Sharing Is Caring
Saturday, 18 February 2012
Program Wacana Ilmiah Siri 2 (WI12)
Program Wacana Ilmiah Siri 2 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”
Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor
Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Yusuf Bin Zulkifli
Imam Masjid Seksyen 7 Kota Damansara
Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor
Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Yusuf Bin Zulkifli
Imam Masjid Seksyen 7 Kota Damansara
Iaitu seorang sahabat baik kepada Guru kami, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll
Tarikh :
17 Februari 2012
17 Februari 2012
Tajuk : Mengenal Hakikat Diri
ALLAH SWT berfirman:
خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
Maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Kalaulah kita renungi firman ALLAH SWT dalam sepotong ayat Al-Qur'an ini dengan penuh keinsafan, pasti kita dapat fahami bahawa, tujuan melakukan sesuatu ibadah menurut ALLAH SWT ialah untuk mencari keredhaan-Nya, bukan bertujuan untuk mendapatkan syurga ALLAH SWT
Labels:
Hub Ilmiah
Friday, 17 February 2012
Perpisahan Pn. Nurhayati Bt Ahmad Zaki
Pn. Nurhayati Bt Ahmad Zaki telah memegang jawatan sebagai Peg. Tadbir Diplomatik (PTD) di PKMD Petaling yang bermula pada 22 Mac 2010 sehingga 17 Feb 2012.
Sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Pentadbiran PKMD Petaling, beliau banyak membantu melicinkan segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran. Beliau juga merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugasan yang telah diamanahkan.
Warga PKMD Petaling amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di PKMD Petaling.
Kami juga warga PKMD Petaling mendoakan semoga beliau memperolehi kejayaan dan peluang yang lebih baik dimasa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ikhlas Dari Kami Warga PKMD Petaling 2012
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Tamat Latihan Pelajar Praktikal
Pelajar Rancangan Kerja Sosial (Praktikal) di PKMD Petaling yang bermula pada 25 Jan 2012 telah tamat latihannya pada hari ini 17 Feb 2012.
Pelajar Praktikal bergambar bersama-sama PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury, Pegawai dan kakitangan PKMD Petaling.
Diucapkan semoga mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru sepanjang berada di PKMD Petaling. Diharap dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu serta maju jaya dalam bidang yang diceburi.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Thursday, 16 February 2012
Ujian Personaliti
Mengenal personaliti anda melalui pilihan gambar diatas.
1. Pilih salah satu gambar diatas yang paling menarik minat anda.
2. Pilihan hendaklah secara spontan, tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Labels:
Bahagian Kaunseling
Motivating At Work
Usually, there are 3 reasons people don’t get the job done. Regardless of what reasons people may give the answer may be one of these three..
1). They don't
know how...
2). Something
or someone
keeps
them from it....
3). They don't
want to....
So....
Where Are U?
Labels:
Motivasi
Wednesday, 15 February 2012
IKRAR JKM
Labels:
Bahagian Pengurusan
LAGU "BERSATU UNTUK KEBAJIKAN"
Rakyat Malaysia Bersatu,
Hidup Berjiwa Mulia,
Tolong Menolong, Bantu Membantu,
Jadi Amalan Setiap Masa.
Yang Susah, Yang Derita,
Memerlukan Bantuan,
Sama Berbakti, Semangat Murni,
Itulah Amalan Yang Suci.
Tak Siapa Yang Meminta,
Dilahirkan Derita,
Sedarlah Taulan, Insaflah Rakan,
Kita Insan Biasa.
Bersatu Untuk Kebajikan,
Demi Kebahagian Semua,
Hidup Sejahtera, Aman dan Makmur
Itulah Harapan Kita
Labels:
Bahagian Pengurusan
Tuesday, 14 February 2012
Surprise Birthday Party Ani (W)
Sambutan Hari Jadi Noraini Subian yang diadakan pada malam 13 Feb 2012 di PKMD Petaling telah diaturkan oleh rakan-rakan seperjuangan.
Pn Sunarni bt Mastury, selaku PKMD Petaling juga turut bersama-sama memeriahkan lagi program yang diadakan.
Warga PKMD Petaling mendoakan semoga Cik Noraini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga bertambah kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Labels:
Birthday Petaling
Operasi Anti Zina Siri 6/2012
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor(JAIS) telah mengadakan OPS Anti Zina Siri 6/2012 dimana tempat-tempat yang disasarkan ialah seperti kelab-kelab malam dan hotel bajet sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam yang telah beroperasi pada :
Tarikh :
13.02.2012 (Isnin)
Masa :
11.30 mlm - 5.00 pagi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling juga telah menyertai operasi ini yang dianggotai oleh 6orang pegawai yang diketuai oleh PKMD Petaling, Pn Sunarni Bt Mastury.
Pegawai yang turut menyertai :
1. Pn. Noor Afdzan Bt Sahandri Gani
2. Mohd Kamil Bin Mohamed Umar
3. Mohd Hanif Bin Zulkefli
4. Mohamad Rizal Bin Osman
5. Kesavan a/l Muniandy
Operasi ini juga disertai oleh Agensi-agensi Kerajaan lain seperti MBPJ, AADK, Imigresen dan juga pihak berkuasa PDRM yang sama-sama berkumpul di Dewan Sivik Petaling Jaya sebelum operasi ini dimulakan.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Monday, 13 February 2012
BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGI DAN PELAN INTEGRITI (2012 - 2014)
Pengarah, Timb. Pengarah I, Timb Pengarah II, Pen. Pengarah Bahagian, Pkmd dan Ketua Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMN) telah mengadakan :
Bengkel Pelan Perancangan Strategi & Pelan Integriti
(2012-2014)
Bermula Pada :
01 - 03 Feb 2012
Bertempat Di :
Hotel Equatorial Cameroon Highland
Labels:
Buletin PKMD Petaling
RESOLUSI CHUKAI
Resolusi
ini dicapai semasa Bengkel Transformasi Pengurusan Pelanggan yang diadakan pada
26-29 Januari 2012. Ia perlu diaplikasikan di seluruh kaunter JKM. Resolusi
disampaikan oleh Cik Norani bt Hj. Mohd Hashim, (TKPO JKMM).
- Penyelia kaunter perlu dilantik bagi setiap PKMD bertujuan membuat seliaan perkhidmatan kaunter
- Menentukan bilangan pegawai untuk menjaga kaunter pada setiap hari dan tugas menjaga kaunter dijadikan sebahagian dari SKT pegawai
- Membuat checklist/senarai tugas di kaunter
- Mengadakan Latihan Asas Perkhidmatan Kaunter
- Menyediakan kaunter khas OKU serta memaparkan kaunter berkenaan dengan jelas.
- Memastikan TV berada pada kedudukan strategik untuk klien
- Menyediakan sistem nombor giliran elektronik atau manual
- Menyediakan Sudut Karisma (*dapatkan design bunting dari Penyelaras Latihan Negeri)
- Menyediakan parking OKU dan memastikan ia tidak digunakan oleh bukan OKU
Labels:
Bahagian Pengurusan
Sunday, 12 February 2012
Kenali Internet
Di
sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula
persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data
dan sebagainya.
Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi
keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia
melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .
Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai
meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga
Oktober pada tahun lalu.
"Masalah
keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi
berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi
pengguna yang mengakses Internet," katanya.
"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.
Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.
"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.
Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.
"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.
"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.
Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.
"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.
Ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem.
Labels:
Tips Penggunaan ICT
Saturday, 11 February 2012
Penyampaian Medal Perlawanan Futsal
Penyampaian Medal untuk Perlawanan Futsal Tetutup PKMD Petaling disampaikan selepas Majlis Maulidur Rasul 1433H dan Majlis Perpisahan Pn. Nurhayati Bt Ahmad Zaki.
Peserta dari Pasukan Futsal Demba Ba Fc menerima Medal selaku Johan dalam perlawanan yang berlansung pada 8 Feb 2012.
Disampaikan oleh Pengerusi, Pn. Jamaeah kepada peserta-peserta yang menyertai perlawanan yang diadakan oleh Hub Sukan dan Rekreasi PKMD Petaling.
Ketua Pasukan Mentari Mendung Fc yang menerima Medal selaku Naib Johan dalam perlawanan yang dipertandingkan.
Labels:
Hub Sukan Dan Rekreasi
Friday, 10 February 2012
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H DAN MAJLIS PERPISAHAN PUAN NURHAYATI BINTI AHMAD ZAKI
Sambutan Maulidur Rasul 1433H telah diadakan di PKMD Petaling pada 10.02.2012 dengan pengisian bacaan ayat suci al-Quran, Qasidah [Ya Taiyyibah-In ki lazurtum], Marhabban dan Tazkirah dengan dibimbing oleh En Ikram.
Majlis perpisahan bagi Puan Nurhayati (PTD) kerana perkhidmatan beliau akan tamat pada 17.02.2012. Semoga beliau akan terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.
Penyampaian cenderahati kepada Pn. Nurhayati yang disampaikan oleh Pengerusi, Pn. Jamaeah sebagai tanda penghargaan kepada beliau diatas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang berkhidmat di PKMD Petaling.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Subscribe to:
Posts (Atom)