Social Icons

Monday, 6 February 2012

Perubahan - Motivasi

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”.

Tahukah Anda, sikap Anda, perangai dan jati diri Anda tidak akan pandai berubah melainkan didesak untuk berubah oleh keadaan sekeliling?
Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan sesuatu untuk merubah diri. 
Anda perlukan cabaran untuk Anda maju ke hadapan. 
Anda perlu musibah untuk membuat Anda berubah.

Tidak pula Anda meminta diturunkan musibah, sebaliknya dengan menghadapi musibah yang melanda, Anda akan mempelajari sesuatu yang baru. Dari sinilah bermulanya proses penambahbaikan diri Anda dari tahap lama ke tahap baru.
Sebab, musibah membuat Anda merubah sikap, kata-kata, fikiran dan perbuatan. Kenapa begitu?
Masalah tidak akan selesai bila Anda masih dengan sikap lama, kata-kata lama, stail fikiran lama dan perbuatan lama. 
Anda mesti ubah ke sikap baru, kata-kata baru, stail fikiran baru dan perbuatan baru.

Masalah sementara saja.
Namun masalah akan kekal apabila Anda tidak berubah. Bersangka baiklah dengan masalah. Setiap masalah ada kebagusannya tersendiri, iaitu membuat Anda berubah menjadi orang baru dengan sikap baru yang dua kali ganda lebih bagus dari dulu.
Mulai sekarang, apabila Anda dilanda masalah, fokuskan fikiran kepada penyelesaian masalah. Fokuskan perbuatan kepada menyelesaikan masalah, bukan meratapi masalah.
Hanya orang terpilih saja yang akan dilanda masalah, sebab dari masalah itu dia akan berubah menjadi orang baru dengan sikap baru, attitude baru, perangai baru.
Sikap bersangka baik sepanjang masa pasti akan menguntungkan Anda.
Sikap bersangka buruk sentiasa merugikan Anda.

..............................
Petikan : Imotivasi

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates