Social Icons

Saturday, 18 February 2012

Program Wacana Ilmiah Siri 2 (WI12)

Program Wacana Ilmiah Siri 2 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”

Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor

Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Yusuf Bin Zulkifli 

Imam Masjid Seksyen 7 Kota Damansara
Iaitu seorang sahabat baik kepada Guru kami, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll
Tarikh :
17 Februari 2012
Tajuk : Mengenal Hakikat Diri

ALLAH SWT berfirman:
 
خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
 
Maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
 
Kalaulah kita renungi firman ALLAH SWT dalam sepotong ayat Al-Qur'an ini dengan penuh keinsafan, pasti kita dapat fahami bahawa, tujuan melakukan sesuatu ibadah menurut ALLAH SWT ialah untuk mencari keredhaan-Nya, bukan bertujuan untuk mendapatkan syurga ALLAH SWT
 
            Namun, janji ALLAH kepada para hamba-Nya untuk memberi nikmat syurga kepada mereka yang taat adalah dari sifat kemurahan  ALLAH SWT  yang Maha Pemurah. Tidak ada kaitannya dengan amalan kita.Bukankah ada hadis yang mengatakan bahawa "seseorang tidak akan dapat masuk syurga dengan amalannya, tetapi dengan kemurahan  ALLAH SWT  dan keredhaan-Nya". Oleh itu, orang-orang yang beribadah kepada  ALLAH SWT  untuk mengharapkan syurga  ALLAH SWT  semata-mata, bukan mengharapkan redha dan cinta  ALLAH SWT , merupakn mereka yang tertipu. Ini kerana, amalan kita tidak akan membawa kita ke syurga ALLAH SWT  Kita dapat menikmati syurga  ALLAH SWT  dengan kemurahan dan rahmat ALLAH SWT.

Oleh itu, ada dua hasil dari ibadah kita kepada  ALLAH SWT  iaitu, keredhaan  ALLAH SWT . dan syurga  ALLAH SWT  Golongan yang mengenali  ALLAH SWT  pasti akan mengharapkan hasil yang paling tinggi dari ibadah mereka iaitu, untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT , bukan untuk mendapat ganjaran  ALLAH SWT . Bagi mereka, terpulanglah kepada  ALLAH SWT . untuk memberi syurga atau tidak, dari ketaatan mereka, asalkan mereka mengemis dan terus mengharap kasih dan redha  ALLAH SWT  dari amalan mereka.
 
            Maka, TUJUAN DALAM IBADAH yang paling sempurna ialah, mengharapkan redha  ALLAH SWT . dalam amalan ibadah kita.

Amalkan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan bersungguh, sungguh kita tidak akan pernah rugi. Tiada orang yang CINTA kepada seseorang, tetapi dibiarkan sahaja orang itu tanpa diikut segala kebaikannya. Maka, itulah CINTA yang harus ditanam dalam diri kita beserta seluruh ahli keluarga dalam membangkitkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad 
صلى الله عليه وآله وسلم.  Berpakaianlah ikut perintah ALLAH, makan mengikut sunnah Rasulullah. Ada manusia yang mempertikaikan, kenapa sehingga bab buang air besar pun Nabi kamu mengajarkan kamu ?

Maka jawabnya : Itulah kasih sayang daripada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Dari sekecil-kecil perkara, kami umat yang dicintai olehnya diajar agar apa sahaja yang kami lakukan dari sejak kelahiran sehingga berhadas dan akhirnya meninggal dunia jika kami lakukan denganazam mengikut sunnah Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم maka, pahala adalah menjadi idaman.

"Bak kata Imam Ibn 'Atho'illah As-Sakandari: "Sesiapa yang bersinar-sinar pada permulaannya, pasti akan bersinar-sinar pada penghujungnya". 

Perasaan ingin kembali kepadaNya (intibah) itu perlu dijaga dengan madad (limpahan) rohani seorang mursyid yang kamil, yang mana dengan melihatnya, akan membawa kita ingat kepada ALLAH SWT  , pada sifat-sifat terpujinya. Perjalanan kita menujuNya perlu dibimbing dengan irsyad dan petunjuk mursyid yang kamil agar kita dapat membezakan antara suluhan Rabbani dengan belitan Iblis dan Nafsu Syahwani.  "

"Kita bersungguh-sungguh menempah pakaian tercantik,termahal juga terindah untuk duduk didalam majlis yang memuliakan Pemimpin Politik / Masyarakat, kadangkala pakaian berharga ribuan RM, tetapi untuk ke Masjid menunaikan solat fardhu berjamaah, pakaiannya asal ada sahaja."

"Beda dengan seorang Proffesor IT di sebuah IPTA di Selatan Tanah Melayu, beliau baharu sahaja pulang dari Jeddah & Makkah bertugas di sana. Ketika mana hendak menunaikan solat, pakaian beliau seperti blazer & tali leher ditukar dengan pakaian yang dicintai oleh Saydina Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم iaitu jubah & serban.., walaupun beliau dalam pemusafiran. Walaupun didalam majlis-majlis rasmi. 

Samada jubahnya dilipat didalam bagasi atau digantung di dalam kenderaan....pasti akan dipakai sebagai bukti kecintaan terhadap sunnah Nabi Junjungan, Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم " ..








Sesi bergambar warga PKMD Petaling bersama penceramah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Yusuf Bin Zulkifli.
















1 comments:

  1. belum sempat go through intipati ceramah ini..akan buat selepas ini, tapi nak komen juga, tuan photographer gamabar ramai tak terang...kamera rosak ke?..:-)

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates