Hubungan yang
dinyatakan itu termasuk bagaimana cara kita berinteraksi dengan masyarakat
sekeliling serta penerimaan orang ramai terhadap idea dan pendapat yang kita
diutarakan. Malah, cara bergurau juga perlu diambil perhatian kerana kita
tidak boleh menganggap semua orang selesa dan dapat menerima apa kita lakukan. Mungkin pada kita ia bersifat gurauan, tetapi sebenarnya perbuatan
itu tidak disenangi. Malah, bergurau boleh menjadi haram jika
wujudnya unsur sindiran, lucah, bertujuan menyakiti hati pihak lain serta
memberi gelaran kepada seseorang dengan perkara yang tidak disukainya.
Menjadi sunnah Rasulullah s.a.w
untuk menggembirakan orang lain. Jika berduka, perlu ada cara meratapinya
begitu juga apabila berada dalam gembira kita perlu bersederhana meraikannya.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w diutuskan bagi menyempurnakan akhlak
manusia. Rasulullah s.a.w adalah
sebaik-baik contoh insan yang memiliki akhlak terpuji. Kita perlu berhati-hati
supaya gurauan yang diada-adakan itu tidak menjadi bahan jenaka sehingga
membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya
orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah. (Hadis riwayat Ahmad)
Justeru, elakkan bergurau senda
sehingga melampaui batas. Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya adab
ketika berbicara.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu banyak ketawa.
Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hadis Riwayat Ahmad
Tirmidzi)
Bagaimana dikatakan gurauan
yang ditegah? Ia termasuk yang mengandungi unsur penghinaan terhadap orang
lain. Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman
janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina
lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang
lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina…
“ (Surah al-Hurujaat ayat 11)
Ayat di atas menerangkan, kita tidak boleh mencari aib, membuka
rahsia dan mengumpat sesama Muslim kerana Islam menuntut umatnya menjaga
perdamaian dan persaudaraan.
Dalam Islam ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya
walaupun dalam keadaan bergurau. Nabi Muhammad s.aw. bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang mana yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan
bergurau atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.” (Hadis riwayat
Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Maka berhati-hatilah ketika bergurau. Gurauan perlu dijadikan
medan menambah erat lagi hubungan serta menceriakan. Lihat bagaimana cara
Rasulullah s.a.w menjaga adab dalam bergurau. Baginda tidak sesekali membohongi
orang yang baginda bergurau, malah ia menjadi ‘seni’ yang boleh
diteladani.
“Rasulullah turut bergurau
dengan sahabat dan isterinya, namun cara baginda bergurau penuh dengan hikmah
dan memberi kesan. Maka bergurau perlu kepada batasan tertentu yang tidak
sampai menyakiti hati orang lain,”
...................................
Ringkasan Artikel myMetro
0 comments:
Post a Comment