Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi
keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia
melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .
Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai
meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga
Oktober pada tahun lalu.
"Masalah
keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi
berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi
pengguna yang mengakses Internet," katanya.
"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.
Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.
"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.
Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.
"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.

Ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem.
Baru-baru
ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang
melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet
itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam
laman web.
Tindakan
undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California
menuduh Facebook menjadi 'lombong' data dan tidak menunaikan janji
untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan
ke dalam profil.
Laman
web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan
seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua
menerusi platform Internet. Pengguna boleh meluahkan perasaan
atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk
memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.
Walau
bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di
laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah
dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat
satu ketika dulu.
Kalau
dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu
mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama
samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.
Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan.
"Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999," katanya.
Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit.
Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.

............................
Petikan : PDKnet
0 comments:
Post a Comment