Social Icons

Thursday, 2 February 2012

Maulidur Rasul


PERISTIWA DI SEBALIK KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Masih banyak masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran nabi Muhammad S.A. W. Jadi marilah kita renungkan kisah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Aminah ketika itu ia seperti mendapat isyarat bahawa anaknya akan mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman, dan ia memiliki kekuasaan yang lebih besar dan membawa ajaran yang telah disempurnakan. Semasa baginda dilahirkan, Bunda Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh jabang bayi. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah yang melesat bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahwa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah ketika nabi Muhammad dilahirkan.

Aminah sendiri melihat bai Muhammad dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian Aminah juga melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.


Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata” telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Selain itu di tempat yang lain pula terjadi gempa di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, mengakibatkan empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Kejadian luar biasa lainnya, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan, salah satu agama yang dibawa oleh Zoroaster, yang diselewengkan umatnya menjadi agama penyembah api. Peristiwa itu tentu saja mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya yaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternak seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat sekalipun termasuk juga pakaian nabi. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat kelompok awan kecil di atas kepala melindungi nabi daripada panas matahari.

Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, yang datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan mundur dengan sendirinya atas izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran.Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Ketika berusia empat tahun, ketika nabi sedang bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati nabi yaitu malaikat Jibril dan Mikail. Lalu membelah dada nabi dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahwa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan kembali di tempatnya pada tubuh nabi. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini karana nabi adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan nabi di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba pada hari Ahad (5 Februari 2012) ini, maka saya ingin mengajak semua pembaca blog ini agar kita sama-sama memperbanyakkan SELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW.

Semoga bacaan SELAWAT atas NABI yang kita baca itu akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan soleh. Amin.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam.”(Al-Ahzab: 56)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hinanya manusia yg mana disebut namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat kepadaku.”(Hr Muslim )

.......................................
Ilmiah : Pn. Nurhayati












1 comments:

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates