Social Icons

Friday 24 February 2012

JEMPUTAN PERTANDINGAN BADMINTON TERBUKA JPS SELANGOR

Dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling akan menganjurkan Pertandingan Badminton Terbuka yang akan diadakan pada :

   Tarikh : 
10 Mac 2012 (Sabtu) hingga 11 Mac 2012

Bertempat di :
Dewan SUK Shah Alam, Selangor

Syarat-syarat Pertandingan :
  1. Hanya Warganegara Malaysia sahaja yang layak, salinan kad pengenalan hendaklah dilampirkan bersama borang penyertaan, manakala untuk umur 45tahun keatas layak menyertai Regu Veteran.
  2. Bekas pemain yang pernah atau sedang mewakili negeri, kebangsaan, SUKMA, MAKSUM, MSSM, Kejohan Sirkit Kebangsaan, Pemain/pelatih-pelatih BAM, NUSA MAHSURI atau yang lain-lain tidak dibenarkan.
  3. Pihak penganjur tidak akan memulangkan semula wang penyertaan jika didapati penyertaan pasukan tidak mengikut peraturan seperti diatas.
  4. Sebarang bantahan beserta surat dan bayaran sebanyak RM 300 dan lengkap dengan bukti sahaja diterima. Ketua pengadil yang dilantik berhak membatalkan mana-mana penyertaan pasukan tanpa sebarang bukti sekiranya terdapat penipuan dikesan.
  5. Pasukan yang terbukti melanggar peraturan yang ditetapkan pada peringkat penyerahan borang, akan dibatalkan penyertaan mereka tanpa mengemukakan bukti.
  6. Kiraan Format Mata 30 akan digunakan dalam perlawanan secara Liga bagi setiap kumpulan. Peringkat Separuh Akhir, Tempat 3/4 dan Akhir akan menggunakan Format BWF iaitu 21 Mata (3set)
  7. Setiap pasukan mestilah mendaftarkan nama 30 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula di meja urusetia. Pasukan yang hadir lewat 10 minit sewaktu masa bertanding, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
  8. Penganjur akan memaklumkan jika terdapat perubahan masa, tempat dan tarikh kejohanan.
  9. Pihak urusetia dan penganjur tidak bertanggungjawab diatas kecederaan, kerosakan peralatan permainan dan harta para pemain.
  10. Semua pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh tutup penyertaan.
  11. Perkara yang tidak dinyatakan didalam syarat-syarat pertandingan akan diuruskan oleh Jawatankuasa Penganjur yang mana keputusannya adalah muktamad.
Yuran Penyertaan :
  • Yuran pertandingan setiap pasukan adalah RM 1000.00
  • Isi borang dan terus membuat bayaran kepada penganjur dalam bentuk cek diatas nama Kelab Sukan Dan Kebajikan JPS Daerah Petaling.
Senarai nama pegawai penganjur :
  1. Hj. Ishak bin Samsudin
  2. Ahmad Azizi bin Ariffin
  3. Azni bin Kamarudin
  4. Zainuddin bin Abd Rahim
  5. Nor Faizah binti Husin
Kategori Pertandingan :
  1. Bergu Terbuka
  2. Bergu Wanita
  3. Bergu Veteran
Tarikh Tutup Penyertaan, Pengundian dan Jadual Perlawanan :
  • Penyertaan ditutup pada 29 Feb 2012 (Rabu) sebelum jam 5.00ptg
  • Pengundian dibuat pada 6 Mac 2012 (Selasa) pada jam 2.30 ptg dan Jadual Perlawanan akan dikeluarkan selepas itu.
  • Semua Pengurus atau wakil pasukan diwajibkan hadir semasa pengundian di lakukan.
HADIAH KEMENANGAN
  1. JOHAN : RM 1500.00
  2. N/JOHAN : RM 1200.00
  3. T. KETIGA : RM 800.00
  4. T.KEEMPAT : RM 500.00

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates