Social Icons

Wednesday 26 June 2013

Permohonan Insentif Taska


GARIS PANDUAN

1. Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
Pemberian Subsidi merupakan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Objektif utama adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos yuran pengasuhan anak serta meningkatkan enrolmen kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA.

2. Pemberian Geran Permulaan Taska
Objektif utama adalah untuk menyediakan satu sistem sokongan sosial yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat alternatif pengasuhan dan didikan awal di TASKA yang berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Juga bertujuan menggalakkan lebih banyak penubuhan TASKA baru dan penyertaan (enrolmen) kanak-kanak di TASKA yang berdaftar dengan JKM.

Maklumat lanjut berkenaan Insentif ini, boleh merujuk dan untuk sebarang semakan di laman sesawang : http://www.jkm.gov.my


Rujukan web JKM

12 comments:

  1. Boleh kah di isi secara online untuk Permohonan Insentif TASKA

    ReplyDelete
  2. Unit Taska PKMD Petaling29 July 2013 at 10:02

    Permohonan Insentif Taska tidak boleh dibuat secara online.
    Borang permohonan Insentif boleh diperolehi melalui web jkm.gov.my dan dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM atau melalui emel insentif_TASKA@jkm.gov.my.

    ReplyDelete
  3. BIla permohonan akan dibuka lagi? akan dibuka setiap tahun?


    ReplyDelete
  4. Permohonan bagi tahun 2013 telah ditutup pada 31 Oktober, 2013 dan bagi permohonan untuk tahun 2014, tiada pengumuman mengenainya telah dibuat. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai permohonan ini.

    ReplyDelete
  5. Mengenai subsidi yuran taska Rm180 kepada isi rumah diantara RM3000-RM5000, permohonan perlu dibuat dimana ya?

    ReplyDelete
  6. Tuan/Puan +kasih+,

    Permohonan untuk Subsidi Yuran Pengasuhan Taska boleh dibuat melalui Pengusaha Taska yang telah mendaftarkan Taska berkenaan dengan JKM.
    Pengusaha Taska akan mengemukakan permohonan tuan/puan dengan melengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan ke Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  7. kalau permohonan kita tak layak mcm mane ?
    bole buat rayuan ke ?

    ReplyDelete
  8. !! oldcoinscollection !!,

    Pemohonan yang layak sahaja akan dipertimbangkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaaan mengenai permohonan, anda boleh dibuat terus menghubungi Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Permohonan bagi tahun 2013 telah ditutup pada 31 Oktober, 2013 dan bagi permohonan untuk tahun 2014, tiada pengumuman mengenainya telah dibuat. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai permohonan ini.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya

    Telefon : +603-8323 1000
    Faks : +603-8323 2045

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya telah menhantar 2 org anak saya berusia bawah 4 tahun ke taska di tempat kerja saya & saya telah membuat permohonan insentif taska ke bahagian pentadbiran tempat saya bekerja. Tetapi saya dimaklumkan permohonan bagi 2014 telah ditutup. Benarkah telah ditutup? Sebab dalam borang permohonan tersebut tiada nyatakan tarikh tutup permohonan. Mohon pihak JKM Petaling dapat membantu.

    ReplyDelete
  10. Mohd Zulkarnain Mohd Zainudin,

    Wsalam, untuk makluman tuan, tarikh tutup permohonan Insentif Taska 2014 adalah pada 31 Mei, 2014. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Insentif Taska 2014 boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Talian : 03-83231000.

    ReplyDelete
  11. Salam Sejahtera,

    Saya merupakan salah seorang pemohon insentif taska 2014 namun sehingga kini belum ada berita mengenai permohonan tersebut. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui status permohonan saya? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera, sebarang pertanyaa lanjut berkenaan status permohonan Insentif Taska, puan boleh terus menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) di talian : 03-8323 1000

      Delete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates