Tuesday, 31 January 2012
Jadual UKP Bagi Daerah Petaling 2012
* Makluman dan perhatian kepada pegawai yang terlibat, kerjasama dan prihatin.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh terus berhubung dengan pegawai Pn. Arne Wate Bt Katirin.
BENGKEL TRANSFORMASI PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN
INTIPATI UCAPTAMA
TUAN HJ. HADZIR BIN MD. ZAIN, KETUA PENGARAH JKMM
BENGKEL TRANSFORMASI PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN PADA 26-29 JAN
2012
Dibawah bukan teks ucapan KP JKMM tetapi adalah ringkasan dan ulasan
penulis daripada ucaptama berkenaan. Ia adalah khas untuk MAKLUMAN dan TINDAKAN
staf PKMD Petaling.
Labels:
Bahagian Pengurusan
MS ISO 9001 : 2008
Tempoh Persijilan MS ISO 9001:2008
22 November 2011 Sehingga 23 November 2014
Penganugerahan Daripada :
CI International Certification Sdn. Bhd
Tahniah kepada JKM kerana telah dianugerahkan sijil MS ISO 9001 : 2008 bagi skop aktiviti :
Proses-proses pengintegrasian, pembangunan, pemulihan, perlindungan dan pencegahan kepada kumpulan sasar.
Semoga dengan persijilan ini akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di JKM.
Labels:
Bahagian Pengurusan
Sunday, 29 January 2012
Kejohanan Futsal Tertutup
Demba Baa Fc Mentari Mendung Fc
- En. Ikhram En. Dzahari
- En. Hapis FT (C) En. Safuan (C)
- En. Azman En. John
- En. Najib En. Hanif
- En. Kesavan En. Khairani
- En. Hanafi En. Hyzam
- En. Syukor En. Rasfan
- En. Rizal En. Kamil
Labels:
Hub Sukan Dan Rekreasi
Friday, 27 January 2012
"Surat Aku Janji"
Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2001, penguatkuasaan Surat Aku Janji untuk Pegawai Awam telah dilaksanakan. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan mereka akan betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa supaya Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni.
Sehubungan dengan itu, sentiasalah ingat janji kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan bermula dari semasa kita menandatangani Surat Aku Janji ini.
Labels:
Bahagian Pengurusan
Solat Sunat Dhuha Berjemaah
En. Ikhram menjelaskan mengenai fadhilat pelaksanaan Solat Sunat Dhuha. Setelah menunaikan Solat sunah Dhu'ha berjamaah bersama ahli keluarga jabatan bacaan zikir munajat dialunkan. Kemudian disampaikan Tazkirah Keistimewaan Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم & Qasidah Ya Tayyibbah serta Qasidah In Kila Zurtum Bima Rajaqtum. Qasidah Ya Taiyyibah mengisahkan mengenai kerinduan terhadap Kota Madinah al-Munawarrah di mana terdapatnya jasad mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .
Labels:
Hub Ilmiah
Thursday, 26 January 2012
Sahabat
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam…. apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, ” Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, “Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.
Labels:
Santai
Wednesday, 25 January 2012
Pelajar Praktikal PKMD Petaling
Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar praktikal dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke PKMD Petaling yang akan berada di sini selama sebulan.
Pelajar-pelajar yang melapokan diri :
2. Wahidah Mohd Yusof
3. Mursyidah Ahmad Azam
Pelajar-pelajar menerima taklimat daripada PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury tentang tugas-tugas dan perkhidmatan yang ada di PKMD Petaling.
Diharap dapat mempelajari dan menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman sepanjang berada di PKM Petaling.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Tuesday, 24 January 2012
Berstatus Muflis Di Usia Muda
APA perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda'? Tambah lagi
apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad
kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi
mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal
kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.
Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh menjadi penjamin pinjaman
orang lain dan mempunyai hak menentukan keperluan diri sendiri
terutama dalam aspek pembelian harta dan sebagainya. Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa
perancangan kewangan yang teliti bahana menanti.
Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.
Labels:
Sharing Is Caring
Monday, 23 January 2012
Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)
Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut :
Sebab utama adalah seperti berikut :
- Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU dinegara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
- Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Supaya kerajaan dapat bertepatan dengan OKU.
- Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
- Supaya OKU dapat menggunakan keistimewaan oleh kerajaan.
- Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Labels:
Bahagian OKU
Sunday, 22 January 2012
Peluang pekerjaan melalui JTK - OKU
Skim Penggajian Orang Kurang Upaya (SPOKU)
Jabatan Tenaga Kerja telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta pada tahun 1990 bagi menggalakkan para majikan di sektor swasta menggaji OKU.
Usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak Bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) iaitu OKU mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atau asas kesetaraan dengan orang upaya.
Bagi memberi akses pekerjaan kepada OKU, JTK menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU. Laman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat :
Secara alternative, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.
Labels:
Bahagian OKU,
Makluman Terkini
Saturday, 21 January 2012
Antara Aku, Komputer Dan Internet
Komputer adalah satu medium teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa. Tanpa komputer, ramai orang mungkin menghadapi pelbagai masalah dalam kerja yang mereka lakukan.
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.
Dalam penggunaannya setiap hari, terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :
Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Labels:
Tips Penggunaan ICT
Friday, 20 January 2012
Kad Loyalti Nur Sejahtera
Iaitu satu program oleh LPPKN yang
diberi kepada klien JKM/agensi
lain/senarai e-Kasih.
Pemegang kad akan menerima ujian
kesihatan/bekalan alat perancang keluarga secara PERCUMA. Pakej adalah seperti berikut:
- Pakej Perancang Keluarga (pil
perancang/kondom/IUD/implan)
- Pakej Kesejahteraan(tekanan darah/BMI/ujian kolesterol & glukos/ papsmear/
- pemeriksaan payudara)
- Pakej Subsidi Mammogram (kaunseling/pemeriksaan payudara/
mammogram)
- Pakej Kaunseling Keluarga (berkelompok/individu)
Syarat memohon:
warganegara/penduduk tetap, wanita
usia 15-50 tahun, penerima bantuan JKM/agensi lain/e-Kasih.
Hubungi:
Kursus IT Percuma Untuk Oku
Kursus
di atas disediakan oleh : Institut Latihan Mines E-Able di Mines Resort
City, Seri Kembangan.
Yuran, makan-minum dan penginapan disediakan secara PERCUMA.
2 jenis kursus:
1) Pengaturcaraan Laman Web
Syarat
kemasukan:
1) Golongan OKU yang boleh menggunakan tangan
3)
Mempunyai asas penggunaan komputer
Keterangan lanjut: 012-2578469 / 03-89414804 (Pn. Ther Pek Cheng) / www.mineseable.org
....................................................................
Sumber : Berita Harian, 18 Jan 2012
Labels:
Bahagian OKU
Mengatasi Stress
TIPS
KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stres adalah respon tubuh
seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan.
Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang
datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak,
teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga
datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap
diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang
buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan
agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Labels:
Sharing Is Caring
Perhimpunan Dan Amanat Pengarah Tahun 2012
Majlis Perhimpunan Dan Amanat Pengarah 2012
Tarikh : 18/01/2012 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Bertempat : Dewan Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh.
Tahniah dianugerahkan sijil kena tiada rekod cuti sakit sepanjang tahun 2011kepada pegawai dan kakitangan PKMD Petaling :
- Jama'eah binti Abd Ghani
- Tuan Mohd Al-hapis bin Tuan Ismail
- Mohd Hyzam bin Mustafa
- Susilawati binti Homaini
- Khairani bin Minhat
- Mohd Azman bin Seranek
- Jonucio bin Anecio Columbris
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Program Wacana Ilmiah Siri 1
Program Wacana Ilmiah Siri 1 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”
(Hari Jumaat Ke-3 Setiap Bulan 2012)
Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor
Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree
[Naib Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir]
Selebriti TV9, Bicara "Bayti Jannati" di Radio IKIM.fm, Editor iluvISLAM.
Tarikh :
20 Januari 2012
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”
(Hari Jumaat Ke-3 Setiap Bulan 2012)
Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor
Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree
[Naib Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir]
Selebriti TV9, Bicara "Bayti Jannati" di Radio IKIM.fm, Editor iluvISLAM.
Tarikh :
20 Januari 2012
Tajuk : Azam : Di antara 1432 h dan 2012
Sesi soal jawab bersama Penceramah Jemputan
Labels:
Hub Ilmiah
Thursday, 19 January 2012
Dimana Terletaknya - Motivasi
Dalam setiap hari kehidupan kita, tidak kita sedari bahawa bila bermulanya satu hari itulah hari untuk perjuangan hidup dan dimana terletaknya rasa tanggungjawab yang telah dipertanggung jawabkan untuk kita.
..............................................
Perkongsian : Pn. Nurhayati
Labels:
Motivasi
Wednesday, 18 January 2012
Mandi Malam
ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.
Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.
Labels:
Sharing Is Caring
Baik Dan Buruk Beserta Hikmah
Baik, buruk mahupun kelainan yang ada bukan sesuatu yang sia-sia. Melainkan ada fungsinya yang sengaja diberikan oleh MAHA PENCIPTA agar anda melengkapi atau dilengkapi oleh manusia yang barangkali dipandang hina oleh manusia tetapi tidak kepada MAHA PENCIPTA.
Di dunia ini derita berganti untuk mencukupkan keindahan, kesenangan juga kekalnya anda di akhirat sana. Asal sahaja sabar dan taqwa menjadi bualan.
Mohon doa mendoakan :)
...............................................
Mohd. Noor Ikhram Bin Husin
Pegawai Psikologi
PKMD Petaling
Labels:
Motivasi
Pipit Tetap Pipit - Kehidupan
Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..
Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.
Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..
Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.
Labels:
Sharing Is Caring
Tuesday, 17 January 2012
Sinar Itu Hadir Jua
Sinar Itu Hadir Jua, merupakan drama dokumentari terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membawakan kisah benar tentang perjuangan, ketekunan dan kecekalan segelintir masyarakat yang terperangkap dalam kancah kemiskinan. Penonton juga akan didedahkan dengan jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM.
(dari kiri) Wan Kamarudin Wan Ibrahim, Noraziah Zakarian( Penerbit); Penolong Pengarah Unit Drama TV, Yusof Osman; Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Ali; Pengarah Ekonomi Bantuan JKM, Roshmawati Ishak dan Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Arfan Sulaiman pada pelancaran Sinar Itu Hadir Jua di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Drama dokumentari ini dihoskan oleh Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Heliza Helmi yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 4.00 petang bermula pada 15 Januari 2012.
Labels:
Makluman Terkini
Sakitnya "Simpul Mengkarung"
- Adalah rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada betis akibat kejang otot.
- Berlaku pada ahli sukan yang 'mengerah' anggota badan, khususnya bahagian kaki untuk bekerja keterlaluan, orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan.
- Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam keadaan berterusan. Keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah dibahagian kaki akibat posisi yang tidak betul.
Cara Mengatasi
- Meregang : Luruskan kaki anda, tumit dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda.
- Urut : Urut otot yang kejang.
- Mandi : Air suam/ letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
- Berjalan : Mundar-mandir untuk beberapa minit.
- Senaman : Buat senaman meregang sebelum tidur.
- Jangan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki tersilang.
- Putarkan buku lali dan gerakkan jari-jari anda.
- Tuaman menggunakan ais boleh melegakan kekejangan.
- Makan makanan kaya kalsium.
- Elakkan minuman bergas.
Pencegahan
- Lebihkan minum air dan cecair lain seperti air Jin Tonik (air asotonik).
- Makan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, kalsium, magnesium, pottassium (pisang) dan zink.
.......................................
Perkongsian : Cik Sarah
Labels:
Sharing Is Caring
Carpal Tunned Syndrome (CTS)
Dari masa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun, tidak dapat dinafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.
Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).
Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.
Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
- Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
- Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
- Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
- Faktor genetik.
Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
- Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
- Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse
- Gunakan papan kekunci dengan betul.
Perkongsian : En. Hapis (Ft)
Labels:
Tips Penggunaan ICT
Monday, 16 January 2012
Sesi Cambah Minda Ejkm Kaunseling
Sesi perkongsian jumlah kes kaunseling yang didaftarkan didalam Sistem Ejkm.
Perkongsian diantara Unit Kaunseling PKMD Petaling bersama Bahagian Kaunseling JKMM yang hadir.
Labels:
Hub Ilmiah
Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps
Lelaki dan perempuan itu berbeza, bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain, mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama, ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
- Mengapa lelaki mendengar seperti patung.
- Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian.
- Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta.
- Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita.
- Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri.
- Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja.
- Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa.
- Mengapa lelaki ibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik.
Buku ini bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.
Boleh didapati dimana-mana kedai buku dengan harga RM 25.00 sahaja.
Keluaran PTS Millennia Sdn. bhd.
Keluaran PTS Millennia Sdn. bhd.
..........................................
Perkongsian : Pn Nur Aen
Labels:
Sharing Is Caring
Bersyukur
Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,
Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih SEHAT dari MEREKA.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA~
Labels:
Motivasi
Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012
Pemberitahuan Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012
* UNTUK MEMASTIKAN SEMUA LAPORAN SAMADA LAPORAN MINGGUAN, BULANAN, SUKU TAHUN DAN TAHUNAN DAPAT DIHANTAR KE IBU PEJABAT JKMN SELANGOR MENGIKUT TARIKH-TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN PADA TAHUN 2012, DIKEMUKAKAN JADUAL SENARAI LAPORAN BESERTA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.
Labels:
Makluman Terkini
Sunday, 15 January 2012
Karnival Karangkraf
Pameran dan jualan buku-buku, majalah keluaran karangkraf dengan harga diskaun beserta hadiah-hadiah menarik.
Majalah Dwibahasa Untuk Murid Pintar 7 - 12 Tahun.
Bermula dari :
27 - 29 Jan 2012
Bertempat di :
Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
..........................................................................................................................................................................
Perkongsian : Pn Roziah
Labels:
Sharing Is Caring
Strategi Kurangkan Risiko Pecah Rumah
Mengambil iktibar kejadian pecah rumah yang dialami oleh sahabat-sahabat kita..saya ingin berkongsi tips untuk KURANGKAN risiko pecah rumah. Kalau kena pecah juga lepas ni dah takdir..
Tombol pintu boleh dibuka dengan amat mudah. Caranya dengan mengetuk kuat sehingga tombol itu patah (JADI perlu tukar dengan kunci yang tiada tombol..tapi mahal sikit la...)
- Telinga penyangkut mangga sebenarnya tidak berapa kuat kerana ia hanya dipateri, di mana boleh diketuk sahaja untuk mematahkannya (JADI perlu tambah pengunci grill jenis clamp)
- Mangga (bukan pauh) SOLEX boleh dibuka hanya dengan menyungkit di bahagian bawahnya, (JADI guna mangga jenis lain..boleh tanya tukang kunci)
- Satu lagi amalkan baca surah-surah berkenaan (yang ini kena refer dengan En. Ikhram)
Penghargaan:
Maklumat yang berguna ni saya ambil dari satu blog tapi lupa pulak nama blog tu...anyway, terima kasih kepada blogger atas perkongsian maklumat ini..
Maklumat yang berguna ni saya ambil dari satu blog tapi lupa pulak nama blog tu...anyway, terima kasih kepada blogger atas perkongsian maklumat ini..
...................................................................................................................................................................
Perkongsian : Pn Sunarni
Labels:
Sharing Is Caring
Friday, 13 January 2012
Pesta Buku PWTC
Pesta Buku
Akan diadakan Pada :
27 April 2012 - 06 Mei 2012
Bertempat Di PWTC
........................................................
Perkongsian : Pn Sunarni Bt Mastury
Akan diadakan Pada :
27 April 2012 - 06 Mei 2012
Bertempat Di PWTC
........................................................
Perkongsian : Pn Sunarni Bt Mastury
Labels:
Sharing Is Caring
Penyampaian Cenderahati Kelahiran
Tahniah kepada Pn.Nurhayati Bt Ahmad Zaki yang selamat melahirkan cahaya mata yang pertama.
Cenderahati yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Thursday, 12 January 2012
Birthday January 2012
23 Januari 1980
Membuat kerja sehingga habis dan sukakan kesempurnaan
Sangat sesuai jika membuat perniagaan
Pandai menjaga emosi
Pandai menyimpan duit dan mencari rezeki
29 Januari 1970
Baik Hati
Pandai menilai dan membuat analisa tentang seseorang
Seorang yg pentingkan kekeluargaan
Mempunyai keputusan yang sendiri
Labels:
Birthday Petaling
Jenis dan Hikmah di dalam Marah
بسم الله الرØمن الرØيم
الØمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصØابه ومن نصره ووالاه
Jenis dan Hikmah di dalam Marah
Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.
MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”
Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.
Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.
Labels:
Motivasi
Tuesday, 10 January 2012
Tazkirah Nilai-nilai Murni
Tarikh : 6 Jan 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury
Tajuk Tazkirah : Kelebihan Bulan Safar
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Public Speaking : Cara Penjagaan Kereta
Penyampai : En. Mohd Hanif
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 13 Jan 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury
Tajuk Tazkirah : Seimbang Dalam Tindakan
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Public Speaking : Hebatnya Makna Cantik
Penyampai : En. Mohamad Rizal Osman
Iso Hour : PKU 1 : Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
Penyampai : Pn. Roziah Bt. Mohd Isa
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 3 Feb 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury
Tajuk Tazkirah : Kelebihan Bulan Safar
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Public Speaking : Cara Penjagaan Kereta
Penyampai : En. Mohd Hanif
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 13 Jan 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury
Tajuk Tazkirah : Seimbang Dalam Tindakan
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Public Speaking : Hebatnya Makna Cantik
Penyampai : En. Mohamad Rizal Osman
Iso Hour : PKU 1 : Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
Penyampai : Pn. Roziah Bt. Mohd Isa
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 3 Feb 2012
Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani
Tajuk Tazkirah : Sifat Pemaaf, Baik Hati Adalah Perlu
Penyampai : En. Mohd Azman Bin Seranek
ISO Hour : PKU 2 : Kemasukan OKU ke Taman Sinar Harapan
Penyampai : Pn. Roziah Bt Mohd Isa
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 24 Feb 2012
Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani
Tajuk Tazkirah : Membunuh dan Dibunuh Masuk syurga
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
ISO Hour : PKU 5 : Pengendalian Kes Kanak-kanak Terlibat Dengan Jenayah.
PKU 6 : Pengendalian Kes Kanak-kanak Tidak Terkawal
Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 2 Mac 2012
Pengerusi : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Tajuk Tazkirah : Seimbang Dalam Tindakan
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
ISO HOUR : PKU 4 : Bengkel Terlindung
Penyampai : Pn. Roziah Bt Mohd Isa
Public Speaking 1 : Pengalaman Dalam Tentera
Penyampai : En. Jonucio Bin Anicio Columbris
Public Speaking 2 : Pengalaman Kerja Sebagai Pemandu Lori
Penyampai : En. Kasavan a/l Muniandy
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 2 Mac 2012
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 2 Mac 2012
Pengerusi : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Tajuk Tazkirah : Seimbang Dalam Tindakan
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
ISO HOUR : PKU 4 : Bengkel Terlindung
Penyampai : Pn. Roziah Bt Mohd Isa
Public Speaking 1 : Pengalaman Dalam Tentera
Penyampai : En. Jonucio Bin Anicio Columbris
Public Speaking 2 : Pengalaman Kerja Sebagai Pemandu Lori
Penyampai : En. Kasavan a/l Muniandy
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 2 Mac 2012
Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani
ISO Hour : PKU 7 : Pengendalian Kes Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan Dan Pemulihan
Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz
Public Speaking : Berfikiran Positif
Penyampai : Pn. Nur'Aen Bt. Abu Hanafiah
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 23 Mac 2012
Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 30 Mac 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt Mastury
Tajuk Tazkirah : Mati
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 06 April 2012
Tazkirah : Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian
Penyampai : En. Mohd Safuan Bin Ibrahim
ISO Hour : PKU 9 : Pengendalian Kes Anak Pelihara
Public Speaking : Berfikiran Positif
Penyampai : Pn. Nur'Aen Bt. Abu Hanafiah
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 23 Mac 2012
Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani
ISO Hour : PKU :
Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz
Public Speaking 1 :
Penyampai : Pn. Nor Asmanizah
Public Speaking 1 : Pengucapan Awam
Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz
Public Speaking 1 :
Penyampai : Pn. Nor Asmanizah
Public Speaking 1 : Pengucapan Awam
Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 30 Mac 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt Mastury
Tajuk Tazkirah : Mati
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 06 April 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt Mastury
Tazkirah : Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian
Penyampai : En. Mohd Safuan Bin Ibrahim
ISO Hour : PKU 9 : Pengendalian Kes Anak Pelihara
Penyampai : Pn. Nor Asmanizah Bt Ahmad
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 25 Mei 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury
Tajuk Tazkirah : Amalan Harian Bulan Rejab dan Dialog Imam Shafi'e r.a dan Isteri
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
..................................................................................................................................................................
Tarikh : 25 Mei 2012
Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury
Tajuk Tazkirah : Amalan Harian Bulan Rejab dan Dialog Imam Shafi'e r.a dan Isteri
Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin
Penyampaian Cenderahati Kelahiran
Penyampaian Cenderahati kepada En. Dzahari sempena kelahiran anak perempuan bongsu beliau yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt. Mastury.
Tahniah kepada En. Dzahari diatas kelahiran baru yang selamat dilahirkan.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Anugerah Cemerlang Oktober - Dis 2011
Penyampaian sijil anugerah cemerlang untuk bulan Oktober - Dis 2011 kepada pegawai kanak-kanak, Pn. Noor Afdzan yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni.
Diucapkan tahniah diatas kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada di PKMD Petaling.
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Kelahiran Oktober 2011
Nama Ibu : Nurhayati Bt. Ahmad Zaki
Peg. Tadbir Diplomatik
Nama Anak : Muhammad Fyraaz B. Mohd Fhairuz
Tarikh Lahir : 7 Oktober 2011
Peg. Tadbir Diplomatik
Nama Anak : Muhammad Fyraaz B. Mohd Fhairuz
Tarikh Lahir : 7 Oktober 2011
Labels:
Buletin PKMD Petaling
Subscribe to:
Posts (Atom)