Sebab utama adalah seperti berikut :
- Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU dinegara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
- Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Supaya kerajaan dapat bertepatan dengan OKU.
- Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
- Supaya OKU dapat menggunakan keistimewaan oleh kerajaan.
- Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut :
- OKU boleh memohon, datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
- Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital /klinik kerajaan atau hospital / klinik pakar swasta.
- Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar berukuran saiz Kad Pengenalan dan 2 salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran.
- Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
- Bagi ibubapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang
- upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat
- Daerah yang berhampiran.
- Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18tahun dan terencat akal.
- Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.
OKU boleh memohon samada melalui surat atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Syarat-syarat kemasukan ke Institusi Pemulihan OKU yang dipohon adalah seperti berikut :
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
- Pemohon mestilah OKU anggota lelaki / perempuan yang berdaftar dengan JKM.
- Berumur antara 14 hingga 40 tahun.
- Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya PMR bagi kursus bersijil dan tidak memerlukan syarat kelayakan akademik bagi kursus pra vokasional.
- Pemohon mestilah OKU akal yang berdaftar dengan JKM, melakukan pemeriksaan doktor dan memenuhi syarat-syarat lain berikut :
TSH Kuala Kubu Bharu,Selangor, TSH Jitra, Kedah
- OKU akal yang teruk, lelaki dan perempuan (tiada had umur).
TSH Tengku Ampuan Najihah, Seremban, TSH Cheras, Selangor, TSH Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Kanak-kanak kurang upaya akal lelaki dan perempuan berusia di bawah 14 tahun yang memerlukan jagaan, perlindungan dan pemulihan. Berpotensi untuk dilatih dan boleh mengurus diri.
TSH Tampoi, Johor
- OKU akal lelaki berusia 15 hingga 35 tahun, boleh menguruskan diri sendiri dan berpotensi untuk dilatih dalam aspek sosialisasi dan normalisasi.
TSH Jubli, Johor
- OKU akal perempuan berusia 15 hingga 35 tahun boleh mengurus diri sendiri dan berpotensi untuk dilatih dalam aspek sosialisasi dan normalisasi.
Bantuan-bantuan boleh dipohon oleh OKU adalah seperti:
- Elaun Pekerja Cacat
Bagi Elaun Pekerja Cacat, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, bekerja sendiri atau dengan majikan dan pendapatan di bawah RM1,200 sebulan dan tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
- Geran Pelancaran
Bagi Geran Pelancaran, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, mempunyai kebolehan untuk menjalankan sesuatu projek ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, industri kecil, pertanian, penternakan dan sebagainya.
- Bantuan Alat Tiruan / Sokongan.
Bagi Bantuan Alat Sokongan / Tiruan, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, mendapatkan pengesahan dan syor daripada doktor serta mendapatkan sebutharga alat sokongan / tiruan tersebut dari pembekal-pembekal yang disenaraikan oleh JKM.
0 comments:
Post a Comment