Orang cakap "Sejarah Mungkin Berulang" tapi adakah ia sama seperti kali pertama terjadi, Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila".
Kenangan pahit, kegagalan yang berlaku sepanjang 2011 kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih berjaya.
KOSONG
Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada
satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas
tanah juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar
kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang
erti kehidupan. Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk
terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan,
bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.
JIWA FACEBOOK
Jiwa manusia memerlukan kata-kata makna
supaya diri dapat hidup dengan positif. Namun kehidupan moden memperlihatkan
manusia semakin hidup menyendiri dan ketika bersosial, kurang pengisian
bermakna.
Apabila kawan-kawan meluahkan jiwa di
mukabuku, marilah kita semua memberi komen kata-kata bermakna. Kerana kata-kata
makna akan mengisi jiwa mereka.
INSPIRASI BUKAN MOTIVASI
“Dengan motivasi, semangat itu akan berhenti apabila kita telah capai matlamat kita, tetapi dengan inspirasi ianya akan memberi kesan sepanjang hidup kita,”
Kadang-kadang jiwa kita bukannya perlukan bunga atau pelukan pasangan, tetapi hanya kata-kata yang meyakinkan kita bahawa setiap diri kita mempunyai makna dalam kehidupan ini. Manusia merasai makna apabila memahami dirinya hamba Allah swt dan khalifah kecil di muka bumi. Isteri merasai makna apabila suaminya menghargai pengorbanan beliau.
Bukan semua isteri dapat kata-kata inspirasi daripada suaminya. Bagaimana pula kita ingin dapatkan kata-kata inspirasi..?
KERJAYA
Adakah kita selesa dengan dunia kerjaya.? Setiap bentuk kerjaya mempunyai dunia sendiri, didalam dunia ini anda berkemungkinan mendapat pengalaman yang pelbagai atau sekadar menikmati pengalaman kerja yang sama setiap hari.
Sambung besok.........Kepala dah pening..........
0 comments:
Post a Comment