Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..
Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.
Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..
Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.
Namun kita, kekadang terlupa untuk melihat melalui mata hati sendiri. Masing-masing di himpit paradigma yang kian menerkam waktu. Masing-masing terlupa akan sesuatu yang hanya boleh dirasa dan tidak boleh dilihat secara lahiriah. Masa sentiasa membawa pergi nilai-nilai indah itu, atau kita yang sengaja membiarkannya lenyap ditelan masa? Tiada noktah, namun yang ada tanda tanya dalam kehidupan ini bagi mereka yang cintakan kebebasan sejati. Sememangnya bagiku kita masih lagi kuat dicengkam dengan penjajahan secara halus.
Aku impikan kita seperti burung-burung pipit itu, yang tak pernah lupa keluarganya, dan teman-temannya. Malah semakin tabah menghadapi arus kehidupannya sendiri. Tetap berjuang untuk hidup.
Dan kita, dapatkah kita terus berjuang untuk mencatat kembali bangsa melayu di hati masyarakat kita kini? Meski kau.. dan juga aku, mahu kita berdiri di atas dunia ini dengan bangsa realiti kita sendiri. Bukan peragaan diri fantasimu di dunia yang makin tua ini.
Wahai anak bangsaku sedarlah, perjuangan kita belum selesai. Tak kan pernah selesai sebelum dan selepas 55 tahun yang lalu. Kehidupan ini satu perjalanan yang amat panjang. Kehidupan ini juga sangat misteri dan penuh rahsia untuk dimengertikan. Hatta aku sendiri masih mencari jawapan agar aku juga turut temui kemerdekaan yang abadi untuk diriku, jiwaku, mahupun mindaku.
Namun ingin ku katakan, selama mana masa yang harus kita tempuhi lagi, sejauh mana perjalanan hidup ini, janganlah sekali lupa pada siapa kita sebenarnya.. pada masyarakatmu yang berbilang kaum, pada bangsamu, hatta pada tanah air mu. Jadilah kau seperti asalmu yang tak berubah. Kembalikanlah perpaduan bangsaku di kehidupan terakhir ini.
siapa owner? kenapa tak mengaku?...
ReplyDelete