Social Icons

Friday 27 January 2012

Solat Sunat Dhuha Berjemaah


En. Ikhram menjelaskan mengenai fadhilat pelaksanaan Solat Sunat Dhuha. Setelah menunaikan Solat sunah Dhu'ha berjamaah bersama ahli keluarga jabatan bacaan zikir munajat dialunkan. Kemudian disampaikan  Tazkirah Keistimewaan Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم & Qasidah Ya Tayyibbah serta Qasidah In Kila Zurtum Bima Rajaqtum. Qasidah Ya Taiyyibah mengisahkan mengenai kerinduan terhadap Kota Madinah al-Munawarrah di mana terdapatnya jasad mulia Rasulullah   صلى الله عليه وآله وسلم .




Bercerita mengenai penghormatan kepada manusia tertinggi yang bernam Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, dibawakan kisah Imam Malik Rahimahullah.  Beliau seorang yang sangat menghormati hadis - hadis Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  walaupun Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang tertanam di dalam Masjid Nabawi. 

Maka, layaklah ucapan selawat diucapkan sebanyak-banyaknya ke atas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Kata Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dalam tausiyyah beliau : "..mulakan dakwah dengan menghidupkan sunnah Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم di persekitaran, ia lebih cepat daripada kata-kata berjela.." 


Mohon doa mendoakan :)

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم 
Ikhram al-Mukminun
3 Rabiul'awwal 1433H / 27012012

4 comments:

  1. alhamdulillah..tp mana write upnya en.admin?

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada En.ikram yang mengetuai Solat Dhuha pagi ini.Semoga kita sekeluarga dimurahkan rezeki dan hidup kita diberkati oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. bagus pgram nih, kami di kelantan dapat idea baru untuk teruskan majlis2 ilmu ni. tahniah PKMD Petaling.. semoga Allah berkati anda semua. tahniah skali lagi

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas komen anda..boleh berkenalan, dari jajahan mana ni? Lagi satu mana tuan/puan dapat tahu berkenaan blog kami..apa pun kami harap yang baik jadi teladan dan yang sebaliknya jadi sempadan..tq 4 e feedback..

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates