Komputer adalah satu medium teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa. Tanpa komputer, ramai orang mungkin menghadapi pelbagai masalah dalam kerja yang mereka lakukan.
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.
Dalam penggunaannya setiap hari, terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :
Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau’ tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.
Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh, melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.
Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda terdiri daripada golongan yang mana?. Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat!. Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam mengadap komputer.
Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan. Gunalah kemudahan teknologi yang ada dengan sebaik-baiknya.
.............................................
Perkongsian : En. Hapis (Ft)
0 comments:
Post a Comment